Bisnes

Kisah Di Sebalik Kejayaan Samsung Yang Ramai Orang Tak Tahu

0

Kisah di sebalik kejayaan samsung ini ramai yang masih tak tahu sebenarnya. Confirm kalau sebut siapa pengasas Samsung, ada yang ternganga. Patut Lee Byung-Chul jadi Lee Min Hyung. Eh? Bukan tu nama watak dalam Winter Sonata ke? Sampai ke situ ko mengarut Jemah! Sebelum ko merapu jom TF bukak cerita pasal Samsung, siapa pengasasnya, apa yang berlaku sebelum Samsung jadi popular sampai sekarang. Flashback sejarah Samsung kejap!

Pengasas Samsung yang dikenali dengan nama Lee Byung-Chul berasal dari keluarga yang tinggal di Uiryeong. Perniagaan pertamanya bermula pada tahun 1938 iaitu dia membuka syarikat pergadangan tempatan yang dikenali dengan nama Samsung Sayhoe.

Kedai runcit pertama yang ditubuhkan oleh Samsung

Syarikat Samsung Sayhoe itu terletak di Su-dong dan ada lebih kurang 40 orang pekerja. Syarikat itu pada awalnya terlibat dalam perniagaan runcit iaitu dengan menjual produk-produk rakyat tempatan dan antara produk yang dijual merupakan ikan kering, mee dan sebagainya.

Lebih sedekad syarikat itu beroperasi, dan melihat pada potensi syarikat itu untuk pergi lebih jauh, so Lee pun bercadang nak buka ibu pejabat di Seoul. Memandangkan pada tahun 1947 perang Korea tercetus maka Lee terpaksa batalkan niatnya melihatkan keadaan di ibu kota time tu tak berapa best. Malah banyak juga negara-negara besar dunia ketika itu terlibat.

Maka cita-citanya terkubur di situ dan Lee pun ambil keputusan untuk tinggalkan Seoul dalam usaha nak selamatkan syarikatnya dari musnah. Lepas tu Lee pun terjun ke bidang penapisan gula. Dia mula mengasas Syarikat Cheil Mojik pada tahun 1954. Kilangnya pada ketika itu beroperasi di Chimsan-dong di Daegu.

Samsung pernah terlibat bidang tenunan pada tahun 1950

Kalau nak tahu, Lee ni dia sangat ambitious dan very experimental punya orang. Lepas beberapa tahun, dia berazam nak try mana-mana je bidang perdagangan. Manalah tahu kan, untung-untung dapat peluang perkukuhkan perniagaan Samsungnya. Mungkin satu hari nanti dia berjaya menjadi peneraju pelbagai bidang especially di Korea mahupun di peringkat global.

Bayangkan eh berapa banyak sektor yang dia ceburi. Samsung menjadi peneraju kepada beberapa sektor mencabar seperti insurans, peruncitan dan kawalan keselamatan. Park Chung Hee yang merupakan Presiden Samsung time tu amat menekankan pentingnya sesebuah organisasi mempunyai teknologi moden untuk memacu pertumbuhan dan perkembangan syarikat.

Maka Chung Hee bertindak mewujudkan beberapa anak syarikat tempatan yang mana matlamat utamanya adalah untuk bangun dan bimbing mereka menghadapi pasaran sengit. Pada tahun 1947, sewaktu Samsung berpindah ke Seoul, Lee Byung-Chull menjalin kerjasama dengan pengasas Kumpulan Hyosung, S.R. Cho ( konglomerat terkenal dalam penghasilan mesin ATM dan pembinaan pangsapuri mewah ). Mereka menubuhkan syarikat Samsung Mulsan Gongsa atau Samsung Trading Corporation.

Pengasas Kumpulan Hyosung, S.R Cho

Pernah dengar tak perumpamaan ni? Biar bisnes sekecil plankton, tapi impian kena sebesar paus. Haaa..time tu syarikat tersebut kecil je namun ia berkembang pesat day after days, month after month, year after years. Impak yang diberikan sungguh besar sampailah jadi Samsung yang kita kenal hari ni. Samsung C&T Corporation. Tapi biasalah mana ada bisnes yang tak ada selisih faham, gaduh semua tu kan. Disebabkan beberapa isu kerjasama antara mereka habis macam tu je.

Eh takkan habis macam tu je? Apa yang jadi? Ceritalah…Okay..okay. Fine.. Ceritanya macam ni. Cho nakkan 30 saham ekuiti. Tapi Lee tak setuju dengan terma baru. So syarikat tu pun berpecah. Maka jadilah Samsung Group, Hyosang Group, Hankook Tire dan beberapa lagi perniagaan kecil. Samsung menjadi popular pada tahun 1960-an bila syarikat tersebut membuat perubahan radikal dengan mengeluarkan barangan elektronik.

Keputusan yang paling win bila mereka menghasilkan komponen elektronik untuk bentuk pelbagai bahagian berbeza. Sebagai contoh, mereka hasilkan Samsung Electronics Devices, Samsung Corning, ElectroMechanics Samsung, Samsung Semiconductors dan Samsung Telecommunications.

Sebuah kilang pengoperasian di Suwon menjadi tempat penghasilan produk-produk jenama Samsung dan salah satu produk yang dihasilkan ketika itu adalah set TV hitam putih. Samsung juga mengambil alih syarikat Hanguk Jeonja di Gumi dan itu merupakan one step closer orang kata untuk mereka ceburi bidang perkakasan telekomunikasi. Samsung waktu tu hasilkan papan suis a.k.a telefon bimbit. Telefon bimbit yang taraf-taraf besar beg orang kata. Kalau baling pencuri boleh koma lah! Melalui penciptaan tersebut, Samsung berjaya menambat hati ramai pengguna.

Tak lama kemudian, operasi kilang di Suwon tu pun bertukarlah kepada penghasilan mesin fax dan telefon. Haa…dekat situ lah bermulanya penghasilan telefon bimbit jenama Samsung. Lebih 800 juta telefon bimbit dihasilkan time tu. Bayangkan, pada tahun 2015, Samsung Amerika Syarikat muncul sebagai syarikat paling banyak diberikan paten. Kalah Google, IBM, Microsoft, Apple dan Sony!

Sehingga kini, hampir 8000 paten diperoleh Samsung. Samsung mencapai keuntungan maksima pada tahun 2016. Samsung juga turut menjalinkan kerjasama dengan Microsoft untuk bangunkan IoT ( Internet of Things) menggunakan Windows 10. Dengan pelbagai inovasi yang dibawa oleh syarikat ini, nampak gayanya syarikat ini mampu melangkah jauh seiring dengan peredaran zaman.

Baca juga artikel kami yang lain https://thefulus.com/rahsia-teknik-melabur-guna-akaun-kwsp-akaun-1/

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

6 Pandemik Yang Ubah Tamadun Dunia

Previous article

Kambing Hensem Harga 1 Dinar: Ini Fakta Tentang Kambing Dan Dinar Anda Patut Tahu

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Bisnes