Life

Kisah Manipulasi Duit Di Malaysia

0

Pernah tak anda terbaca kisah- kisah manipulasi duit yang berlaku di Malaysia? Manipulasi duit, cuci duit atau penggubahan wang haram adalah jenayah kewangan yang sangat serius. Ia merupakan proses haram yang melibatkan wang ‘kotor’ kelihatan sah dan tak haram. Kebiasaannya penjenayah menggunakan pelbagai teknik pencucian wang untuk memastikan dana yang diperolehnya secara haram kelihatan bersih. Perbankan dan cryptocurrencies dalam talian telah memudahkan individu-individu ini membuat pemindahan atau pengeluaran wang tanpa dikesan. Nampak power beb tapi mana berkat bila sumber itu datang dari kegiatan yang haram. Hatta berusaha keras nak menyucikan wang tersebut guna 6 air mutlak 1 air tanah pun takkan berjaya menukar status haram tu ke halal.

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا
“Dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi baik..” (Surah al-Maidah : 88)

Menurut al-Maraghi dalam menafsirkan ayat di atas menyatakan bahawa : “Makanlah rezeki yang diperolehi secara halal dan bukanlah barangan seperti riba’, suht (yang di usahakan secara haram), dan barangan curi. Di samping itu, rezeki itu hendaklah sedap dimakan, tidak kotor, sama ada kerana zatnya sendiri, kerana rosak atau berubah akibat terlalu lama disimpan.” (Rujuk Tafsir al-Maraghiy, 4/1673)

Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda :

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي الْمَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ أَمِنَ الْحَلاَلِ أَمْ مِنَ الْحَرَامِ

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli apa yang dia ambil, apakah dari hasil yang halal atau yang haram.” [Riwayat al-Bukhari (2059)]

Adakah dah tiba zaman yang dinyatakan dalam hadis riwayat al-Bukhari tadi? So, dalam entri kali ini TF nak share beberapa kisah manipulasi duit yang terjadi di Malaysia. Anda mungkin pernah mendengar atau terbaca tentang kisah-kisah ini dimana-mana halaman blog atau akhbar. But this time jom kita sesama baca dari halaman FULUSSSssssss agar kisah-kisah ini kita boleh ambil sebagai ikhtibar dan tak turut sama menterjebakkan diri kita ke kancah pemanipulasian duit.

#1 Kisah Syuib Sepahtu dan Macau Scam

Pada 1 Oktober 2020 lalu Syuib Sepahtu atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, telah dipanggil ke SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram. Namun isterinya Siti Sarah memaklumkan Syuib dipanggil hanya untuk memberi kerjasama serta enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana enggan mengganggu siasatan SPRM. 

Kes itu juga telah membawa kepada penahanan beberapa individu. Ia termasuklah selebriti dan individu berpangkat ‘Datuk’. Mereka disyaki terbabit dalam kegiatan haram yang menyalahi undang-undang.

Pendedahan demi pendedahan oleh beberapa pihak akhirnya membawa kepada perkaitan antara kes tersebut dengan sindiket Macau Scam yang kerap berlaku di negara ini. Pekejadahnya Macau Scam ni kan?

Macau Scam adalah satu sindiket penipuan telekomunikasi. Ia memperdayakan mangsa dengan panggilan-panggilan palsu sehingga menyebabkan mangsa kerugian berjuta-juta ringgit sementara mereka pula gelak berdekah-dekah bila tengok fulus berjuta-juta masuk dalam akaun.

Sindiket itu beroperasi dengan cara menyamar sebagai pegawai polis, anggota agensi kerajaan, pegawai bank dan banyak lagi yang didalangi oleh China. 

“Hello…boleh saya bercakap dengan Auntie Jemah?”

“Ya saya…”

“Begini Auntie. Saya merupakan pegawai dari mahkamah tinggi bla bla, nak beritahu auntie yang auntie didapati terlibat dalam kes jenayah siber.”

“Eh! Awak jangan tipu ya. Auntie ni laptop pun takde, handphone pakai nokia 3310 je. Pekejadahnya nak terlibat dengan jenayah siber.” Auntie Jemah cuba mendefend diri.

Namun setelah diasak dengan pertanyaan dan soalan-soalan killer seorang scammer akhirnya beliau terpedaya. Auntie Jemah terpindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu untuk elak akaunnya dibekukan oleh pihak berkuasa.

Nampak macam tak ada kaitan kan kisah auntie Jemah dengan Syuib. Tapi sebenarnya nak cerita taktik-taktik inilah yang digunakan scammer untuk perdaya mangsa menerusi kegiatan haramnya. Macau Scam inilah scammer tersebut.

Kisah Manipulasi Duit Di Malaysia

Sumber dari Berita Harian mendedahkan, yang menjadi dalang kepada sindiket berkenaan adalah rakyat “China”. Sementara yang jadi babunya pulak adalah rakyat dari “Malaysia”. Lepas tu yang dari Malaysia ni bertindak main peranan sebagai pengurus pelaburan termasuklah cari perniagaan-perniagaan (contoh macam perniagaan Syuib) yang boleh dijadikan platform untuk “cuci” atau “bersihkan” fulus yang diperoleh melalui hasil penipuan insan lemah macam auntie Jemah tadi. Malah, pada 2 Oktober lalu, Kosmo turut memaparkan Datuk Seri dan isterinya dikatakan kerap menganjur parti melagho bersama beberapa selebriti popular serta sibuk dok canang kehidupan mereka yang serba mewah di media sosial.

#2 Kisah Aman Shah Dan Wang 1 Sen

Berlaku sekitar tahun 1990 an yang mana time tu polis Malaysia masih pakai seluar coklat baju biru cair lagi. Ia adalah suatu perkara luar biasa yang terjadi di Malaysia namun tidak disedari oleh ramai orang. Yang paling best ia hanya dilakukan oleh seorang individu sahaja bernama Aman Shah! Bukan Aman Syah yang nyanyi lagu raya tu eh. Ni Aman Shah yang kerja ya hanya sebagai seorang eksekutif bank serta bergaji RM1,800 sebulan.

Kehidupan beliau yang serba mewah serta memiliki lebih 6 buah kereta sport telah menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang bekerja bank jugak dengan gaji lebih besar dan jawatan lebih tinggi namun hanya mampu memakai kereta proton saga sahaja berbeza sama sekali dengan Aman Shah. Okay jangan layan cerita bohong ni.

Aman Shah dikatakan pada ketika itu membeli kereta-kereta tersebut secara tunai yang mana tiga daripadanya tak didaftarkan dan tak dibayar cukai import, dua lagi daftar atas nama dia dan sebuah lagi atas nama teman wanitanya Raha V V Aboo. Wow! Kelas nama.

Kisah Manipulasi Duit Di Malaysia

Aman Shah, 24 merupakan bekas graduan perakaunan Institut Teknologi Mara. Sewaktu beliau menjalankan kegiatan jenayah tersebut beliau bekerja di Hock Hua Bank cawangan Raja Laut. Mengikut kata orang Aman Shah waktu tu seorang pekerja yang bagus dan cekap. So, melihatkan pada potensinya, majikan dia pun hantar Aman menghadiri kursus komputer supaya beliau lebih berkemahiran dalam mengendalikan pengoperasian komputer di bank tersebut.

Tak lama lepas tu Aman dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pemprosesan SPEED ( Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana Dan Sekuriti ). Haaaaa…nak di jadikan cerita time ni lah beliau menyalahgunakan jawatan serta kemahiran yang dia ada. Dia menjalankan kerja tak bermoral tapi agak genius dengan memindahkan 1 sen setiap hari dari setiap akaun di Hock Hua Bank ke akaun proksi di bank lain. Giler ah!

Bak kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Bayangkan bukit Aman Shah ni adalah fulusss yang berjumlah RM41 juta! Siot! hahaha…

Doom Sebab Kereta Sport

Aman Shah ni memang peminat tegar kereta-kereta sport. Dia pernah sertai pameran kereta pada Jun 1990 dan sering bersiar-siar menaiki kereta sport Lamborghini Countach. Sebabkan minatnya itulah yang mengantoikan aktiviti kurang sopan beliau.

Pada 3 Jun 1990, beliau dipanggil untuk ditemuramah menerusi rancangan Sekapur Sireh yang bersiaran di TV3. Waktu ditemuramah tu dia dah pun letak jawatan dekat bank tempat dia kerja sebelum ni. Lepas ditemuramah dan berkongsi macam-macam benda, nak dijadikan cerita bekas majikan dia pun dok tengok jugak rancangan Sekapur Sireh tadi maka disitulah timbulnya persoalan;

“Mana datangnya duit dia bebanyak beli kereta-kereta mewah cenggini?”

Tak ada nak rasa kagum atau menda-menda bekas majikan Aman Shah terus jumpa juruauditnya untuk siasat semua transaksi yang melibatkan bekas pekerjanya itu.

“Mana mungkin weyh ko gaji RM1,800 tapi boleh pakai kereta lagi mahal dari aku! You doom Aman!”

Check mate! Semua bukti dah jelas. Aman telah mengsonglap duit dari Hock Hua Bank sehinggakan boleh dapat RM4 juta dalam tempoh 14 hari! Laporan polis dibuat di Balai Polis Campbell pada 8 Jun 1990. Berdasarkan laporan tersebut Aman Shah diberkas di kondominium mewahnya di Bangsar lebih kurang tiga hari selepas kejadian.

4 pertuduhan yang dibacakan ke atas Aman Shah adalah;

  1. Menipu sebanyak RM765,343 di Hock Hua Bank Bhd, 300 Wisma Mui San, Jalan Raja Laut pada 13 Mac 1990.
  2. Menipu sebanyak RM634,656.60 di tempat yang sama pada 16 Mac 1990.
  3. Menipu sebanyak RM882,629.80 di tempat yang sama pada 27 Mac 1990.
  4. Menipu sebanyak RM717,370.20 di tempat yang sama pada 27 Mac 1990.

Sementara pertuduhan lain pula melibatkan penyalahgunaan kuasa. Ia termasuklah;

  1. RM88,656 pada 12 Januari 1990
  2. RM411,344 pada 19 Januari 1990
  3. RM510,00 pada 9 Februari 1990

Aman Shah Perdaya Pihak Pengurusan Bank Negara

This is how it works. Aman Shah telah mengemukakan arahan palsu melalui Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana Dan Sekuriti (SPEEDS). So berdasarkan pada arahan palsu ini Aman berjaya memindahkan wang daripada Hock Hua Bank ke agensi pengiklanan Bistro miliknya di Bank Bumiputra Malaysia Berhad.

Di sinilah berlakunya money laundering. Perbuatan jenayah yang dilakukan oleh Aman ini sangat lancar sebab waktu tu sistem perbankan di Malaysia masih menggunakan buku akaun yang dikemaskini secara manual di kaunter. Tapi kalau sekarang dia buat benda gini memang senang lah nak kantoi!

#3 Kisah 1MDB Skandal Rasuah Terbesar Di Dunia

1Malaysia Development Berhad (yang bermaksud terhad) merupakan dana negara Malaysia, yang ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan bagi mempromosikan pembangunan melalui pelaburan serta perkongsian asing. Ketika itu Dato’ Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia juga merangkap sebagai pengerusi 1MDB.

Dana tersebut muncul sebagai salah satu skandal rasuah terbesar dunia yang akhirnya membawa kepada pertuduhan yang mengaitkan antara Dato’ Seri Najib Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor serta bersama beberapa individu lain yang dikenalpasti.

Ramai yang mendakwa 1MDB merupakan pusat aktiviti penipuan sejak awal. Vast sums dipinjam melalui bon kerajaan dan dimasukkan ke dalam akaun bank di Switzerland, Singapura dan AS. Sebanyak $ 731 juta muncul di akaun bank peribadi Dato’ Seri Najib menjelang pilihan raya 2013. Ia dipercayai digunakan untuk membayar ahli politik, bil kad kreditnya serta membiayai tabiat berbelanja mewah isteri beliau Datin Rosmah Mansor. Dato’ Seri Najib bagaimanapun menyangkal kesemua pertuduhan tersebut dan menegaskan wang yang banyak itu adalah hasil sumbangan seorang Putera Saudi.

Kisah Manipulasi Duit Di Malaysia

Di luar negara, wang tersebut dikatakan diguna untuk membiayai gaya hidup mewah salah seorang perunding yang didakwa dibawa untuk mengawasi 1MDB. Individu yang dikenalpasti tersebut adalah seorang ahli perniagaan Malaysia bernama Jho Low.

Di bawah pengawasan Low, dana tersebut digunakan untuk membuat pembelian harta tanah bernilai puluhan bilion dolar di Beverly Hills dan Manhattan, ia termasuklah sebuah apartmen yang pernah dimiliki oleh Jay Z dan Beyoncé; jet peribadi $ 35 juta; kapal layar $ 260 juta; Picasso bernilai $ 3.2 juta yang diberikan kepada Leonardo DiCaprio; $ 85 juta dalam hutang perjudian Las Vegas; pesta ulang tahun untuk Low yang mana Jamie Foxx, Chris Brown, Ludacris, Busta Rhymes dan Pharrell Williams mengadakan persembahan secara langsung dengan Britney Spears melompat keluar dari kek bagai serta berlian bernilai $ 8 juta untuk model Australia Miranda Kerr.

Berpuluh juta dolar juga dipercayai digunakan untuk membiayai filem Wolf of Wall Street, melalui sebuah syarikat produksi yang dikendalikan oleh anak tiri Dato’ Seri Najib, Riza Aziz. Namun walau bagaimanapun Low mengaku tidak bersalah atas penyalahgunaan wang tersebut.

Tak semua orang percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Najib Razak bahawa beliau tidak bersalah, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah membantu menaikkan Dato’ Seri Najib amat lantang semasa menyuarakan isu terbabit. Yakin bahawa beliau adalah satu-satunya orang yang boleh bertindak menangani isu penyalahgunaan dana tersebut maka lantas beliau membuat keputusan untuk bertanding menentang Dato’ Seri Najib pada pilihan raya umum 2018.

Saat bersejarah apabila buat pertama kalinya parti pembangkang dipilih dengan mendapat undian majoriti daripada rakyat. Tanpa berlengah beliau meletakkan 1MDB dalam agenda. Malah, beberapa hari selepas kejatuhan kerajaan dibawah pimpinan Dato’ Seri Najib, harta yang dikaitkan dengannya digeledah oleh pihak berkuasa. Mereka merampas 1.400 kalung, 567 beg tangan, 423 jam tangan, 2,200 cincin, 1,600 bros dan 14 tiara, yang kebanyakannya dianggap milik Rosmah, bernilai lebih kurang $ 273 juta.

Setelah beberapa tahun berlalu, kini Barisan Nasional kembali menerajui Malaysia menerusi Pakatan Nasional. Ramai jangka skandal ini bakal ditamatkan. Namun sebaliknya berlaku adalah perbicaraan 1MDB ini semakin berpanjangan dan belum selesai hinggalah sekarang serta menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang life.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

5 Kesalahan Yang Dibuat Semasa Pembahagian Harta

Previous article

Perkara Tentang MAE by Maybank2u Yang Anda Kena Tahu

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Life