Startup

Kitamen | 7 Tips Sebelum Anda Mulakan StartUp

0

Kitamen bermula sebagai tempat untuk komuniti kecil gamers berkumpul. Mereka yang sememangnya expert dan passion bab-bab eSports ini akan berkumpul dan saling berhubung di bawah satu bumbung. Dengan pertumbuhan luar biasa terhadap penerimaan eSport di Malaysia, lantas membuatkan Kitamen meneroka event ecosystem dan meletakkan jenama Kitamen sebagai brand untuk lifestyles eSports!

Semenjak itu, Kitamen melebarkan sayap ke peringkat global melalui jalinan kerjasama dengan Jenama Antarabangsa sekaligus menjadi platform untuk komuniti gamers berhubung dengan exclusive user segment.

CEO Kitamen Hazman

Bagaimana Hazman Memulakan Kitamen

Hazman Hassan yang merupakan Chief Executive Officer (CEO) Kitamen (GamEDUCATE yourself) merupakan bekas pelajar jurusan Architecture dari Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang Built Environment! Wow! Bukan calang-calang education backgroundnya. So lepas ni jangan ingat orang yang sibuk main game tu bodoh dan suka membazir masa. Mereka sebenarnya bijak okay!

Masa zaman kanak-kanaknya, beliau merupakan seorang yang suka giler main game! Kalau ada budak yang kena bebel dengan mak dia sebab tak siap kerja sekolah duk sibuk main game dari pagi sampai petang, ha..beliaulah salah seorang yang kena bebel tu! Beliau juga gigih pergi Cyber Cafe semata-mata nak main game PS4! Malah sejak kecil lagi beliau memang dah pasang impian nak ada PS4 sendiri. Boys….But who knows, minat yang mendalam akhirnya berubah menjadi karier dan akhirnya membentuk sebuah business legacy.

Jika dulu malah sekarang pun masih ada segelintir masyarakat menganggap main game ini membazir masa, maka dengan wujudnya isu ini beliau cuba mencari solusi untuk mengubah persepsi masyarakat dengan pertamanya menyediakan ruang yang lebih kondusif dan praktikal untuk eSports gamers berkumpul dan berhubung under one roof. Beliau juga cuba mengetengahkan idea bahawa gamers bukanlah mereka yang duduk depan PC atau di CC membazir masa main game semata-mata.

Kalau macam ni ruangnya, mak bapak yang lebih main nanti ni. Anak-anak ternganga tengok.

Beliau berusaha membuka mata masyarakat bahawa eSports gamers adalah mereka yang berstrategi dan mempunyai semangat kerjasama berkumpulan yang baik apatah lagi bila mereka start masuk dalam dunia game mereka. So apa yang beliau cuba sampaikan kepada masyarakat majmuk luar sana bahawa bermain games bukanlah perkara sia-sia okay!

Sehingga hari ini, Kitamen pernah mempunyai lebih 17 eSports Dojo berlesen di seluruh negara dengan komuniti yang semakin meningkat iaitu sebanyak 90,000 ahli kesemuanya. Memandangkan eSports merupakan permainan yang sangat kompetitif, makanya pertandingan serta kejohanan berbentuk kompetitif dan teratur telah wujud sejak beberapa dekad.

Walau bagaimanapun, major innovation dalam ruang seperti streaming platform lebih menarik minat golongan eSports gamers ini. Bayangkanlah pada Liga Kejuaraan Dunia Lagenda 2017, terdapat lebih 106 juta penonton pada satu masa, dan angka tersebut secara tak langsung telah menandingi Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2016 yang hanya mempunyai 30 juta penonton. Such a big number weyh! Giler ah!

7 Tips Penting Untuk Setup Bisnes Oleh CEO Kitamen®

Pertemuan The Fulus dengan CEO Kitamen baru-baru ini actually banyak benda baru yang dapat dipelajari. Kekadang sampai kita pun tak terfikir nak buat benda-benda gitu. Tapi dia punya pemikiran tu boleh pergi sampai ke tahap nak buat Uber Toilet korang bayang! Ngarut tak ngarutnya. Tapi as long as it practical why not. Nak-nak lagi bila musim perayaan. Toilet is a first priority untuk pengguna lebuh raya. Pepaham sajalah.. Hahaha… Nah! Tak nak mengarut panjang-panjang, ni 7 tips penting untuk setup sesebuah bisnes yang bukan bukak sahaja terus lingkup, tapi bukak terus sukses!

#1 Kenalpasti Klien & Masalah Mereka

Sesuatu bisnes tak beri apa-apa makna jika tak ada pelanggan yang spesifik iaitu siapa pelanggan kita, berapa usia mereka dan kenapa mereka mencari bisnes kita. Kitamen sangat menitik beratkan siapa pelanggan-pelanggan mereka. Dari sekecil-kecil budak sampailah kepada orang dewasa yang memang gila game. Setiap pelanggan adalah emas buat mereka.

Ramai pengunjung dan pelanggan Kitamen terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja sekolah. Isu utama mereka adalah ramai ibu bapa yang beranggapan bermain di cyber café adalah punca kepada keruntuhan akhlak kerana suasana di cyber café yang teruk, gelap dan menjadi port melepak budak-budak baru nak up (BBNU)

Menyedari masalah ini Kitamen komited untuk mengubah situasi ini dengan menjadikan design Kitamen lebih mesra pelanggan baik untuk ibu bapa mahupun anak-anak. Mereka juga berusaha mewujudkan satu suasana yang mana Kitamen bukan sahaja tempat untuk bermain tetapi disini juga lahirnya jaguh eSport negara dengan adanya perkongsian idea dan strategi sesuatu permainan. Selain itu mereka turut mengatakan sesi meet & greet bersama icon eSport negara dan dunia di Kitamen.

#2 Marketing

Marketing dan perniagaan tak dapat dipisahkan. Nama Kitamen itu sendiri adalah satu branding yang kuat untuk tujuan marketing. Bermula dengan hanya menyediakan khidmat gaming di majlis kahwin, nama Kitamen kemudiannya tersebar dengan cepat. Dari situ kemudiannya ramai yang menghubungi Kitamen untuk JV bisnes.

Disebabkan terlalu ramai, mereka kemudiannya menyediakan licensing business concept untuk mereka yang nak buka Kitamen. Dari hanya satu kedai kecil, Kitamen berkembang pesat sehingga mempunyai 17 cawangan dalam waktu yang singkat. Hampir setiap negeri ada cawangan Kitamen. Dengan adanya cawangan-cawangan ini jugak, nama Kitamen semakin meningkat naik.

Kitamen juga kerap membuat program CSR untuk pelajar-pelajar sekolah. Seperti MILO yang  selalu bagi minuman free dekat sekolah, Kitamen juga turut mengetengahkan konsep “GamEDUCATE yourself” untuk pelajar-pelajar sekolah. Disamping dapat mengubah persepsi masyakat dan juga melahirkan pelapis atlet eSport negara, ini juga adalah salah satu teknik marketing  penting untuk Kitamen.

#3 Modal

Ramai yang stuck dekat sini bila nak setup bisnes. Kitamen juga face benda yang sama. Nak setup bisnes perlukan banyak fulus. Tapi apa yang dikongsikan oleh Kitamen bersama kami, jika anda tak mampu sediakan modal yang besar, it’s okay nak bermula dengan modal yang kecil pun.

Apa yang penting pada awalnya adalah buat orang kenal perniagaan kita. Kita bina ‘rakyat’ untuk perniagaan terlebih dahulu. Lepas dah bina rakyat barulah keuntungan itu datang secara alaminya. Bukan sahaja rakyat yang datang tetapi juga mereka-mereka yang ingin JV dengan anda. So dari situ bermulanya keuntungan dan InsyaAllah bisnes akan terus berkembang.

#4 Database & Demographic

Kalau perniagaan anda sedang berkembang pesat tapi anda tak kumpul dan analisis database pelanggan-pelanggan, “You just kill your business and yourself “. Data is a King gentleman. Data bukan sekadar hanya perlu ada nama, nombor telefon serta email semata-mata tapi data paling penting adalah bagaimana perlakuan pelanggan dengan perniagaan anda. Contohnya apa yang diminati, pukul berapa penggunaan dia dan adakah mereka golongan kaya, miskin atau sederhana.

So based on this data, we will know our customers very well. Dan dengan cara ini juga kita dapat menyediakan produk atau perkhidmatan yang lebih sesuai dengan pelanggan-pelanggan kita pada masa hadapan.

Kitamen sangat menitik beratkan perkara ini. Ramai pengunjung Kitamen adalah dalam kalangan pelajar sekolah namun tak semuanya datang dari keluarga yang senang. So dengan maklumat ini, Kitamen dapat merealisasikan impian kanak-kanak dan golongan remaja untuk bermain Game Console dengan hanya RM5 per entry dan bukan lagi RM5 per hours!

Mungkin nampak rugi sebab murah sangat harganya. Eh! Tak masuk akal lah! But… dekat sinilah kuantiti akan main peranan.

#5 Back End Services

Tak semestinya semua benda kita mesti buat untung. Dalam perniagaan mesti ada give & take. Dalam point sebelum ni ada menyatakan bahawa pentingnya untuk memahami pelanggan-pelanggan kita. Mungkin melalui servis utama kita, kita tak dapat memaksimakan keuntungan kerana kita lebih fokus kepada kuantiti. Tapi dengan kuantiti ini jugalah kita dapat memahami perlakuan pelanggan sekaligus create another product or services yang boleh jana keuntungan lebih pada bisnes kita.

Sebagai contoh di Kitamen mungkin gamers terskip waktu makan mereka. Yelah…hardcore sangat main game! Jadi di samping menyediakan ruang bermain untuk gamer-gamer ni, Kitamen juga turut menyediakan makanan yang membolehkan gamer-gamer melantak tanpa perlu berhenti main game. Sebab kalau berhenti mati! Haa…sampai gitu sekali hardcorenya. Malah Kitamen juga bakal mengeluarkan energy drinks khas untuk gamers ini. Dari mana datangnya idea untuk hasilkan energy drinks ini? Ternyata daripada database pelanggan-pelanggan tadi.

#6 Branding

“Jom main game!”. Itu ayat klise ajak member main game betul tak? Nak main dekat mana? Main dekat Kitamen lah jom! Branding membezakan anda dan pesaing-pesaing yang lain.

Kita memang tak dapat halang orang tiru apa kita buat. It’s beyond our power. Lihat saja lepas Kitamen ditubuhkan, tiba-tiba banyak syarikat-syarikat eSport lain yang tumbuh selepas itu. Semua nak buat e-games.

Walawey apa nak buat ni tetiba ramai pulak pesaing? Modal diorang pulak lagi besar siot! Jawapannya adalah branding. Branding is one of the way yang mana kalau pergi ke syarikat lain pun, pelanggan tetap sebut nama Kitamen. Kitamen mana? Bila selalu disebut-sebut secara lahiriahnya akan tersemat di dalam benak pemikiran setiap orang yang mana akhirnya mereka tetap ke Kitamen jugak.

Sama seperti maggi, “Nak beli maggi apa? Maggi Ruski ke Maggi Pama? Sedangkan Maggi tak ada kaitan pun dengan Pama atau Ruski sebab Maggi itu sendiri adalah brand. So, penyudahnya Maggi jugak yang di sebut-sebut dan Maggi jugak yang dibeli.  

#7 Ready For Changes

Mengikut kajian yang dibuat, kelakuan manusia sentiasa berubah setiap 7 tahun. Lihat saja kalau sebelum ni orang nak beli barang melalui WhatsApps tapi sekarang trend tersebut berubah kepada beli barang secara online menggunakan apps shoppee, lazada atau apadaa…

Ketika Kitamen baru ditubuhkan, trend pada ketika itu adalah game console. Namun tahun 2018 trend mulai berubah kepada mobile game iaitu game dalam handphone. Jika Kitamen hanya fokus kepada game console sahaja, lambat laun legasi gaming Kitamen mungkin akan berkubur begitu saja seperti Nokia.

Oleh sebab itu Kitamen sentiasa bersedia untuk berubah mengikut peredaran zaman. Daripada hanya memfokus kepada game console, kini Kitamen turut menyediakan tempat untuk penggemar Mobile Game.

Impian Legasi Bisnes Kitamen®

Apa yang Kitamen nak buat adalah mereka berhasrat untuk mewujudkan pasaran untuk usahawan teknologi dan pengguna yang mempercayai kemampuan dan kualiti produk serta perkhidmatan industri eSport di Malaysia.

Pada masa sama Kitamen juga cuba mewujudkan persekitaran yang menggalakkan untuk orang ramai bermain game sekaligus mendorong mereka untuk sentiasa mendapatkan pengalaman terbaik terutamanya untuk pelanggan-pelanggan setia mereka.

Bermula pada Februari 2015. Kini Kitamen telah menjadi legasi eSports terkenal di seluruh Malaysia. Kitamen juga mensasarkan agar eSports menjadi lebih mudah diakses oleh lebih 14,000,000 pemain di seluruh negara.

Untuk perkembangan terkini Kitamen layari https://www.kitamen.my/

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

2 Kaunter Saham Ini Dikaitkan Dengan Muhyiddin

Previous article

Konspirasi Owner Restoran Zam Zam Upah ‘Hitman’ Jatuhkan Restoran Victory

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Startup