Life

Konspirasi Owner Restoran Zam Zam Upah ‘Hitman’ Jatuhkan Restoran Victory

0

Restoran Zam Zam yang sangat terkenal di Singapura wujud sejak 118 tahun dahulu iaitu pada tahun 1908. Dulu setiap kali ke Singapore bersama wife atau kawan-kawan, TF selalu singgah di Restoran Zam-Zam ini untuk pekena murtabak dia yang memang ohsem selain ada beberapa makanan lain yang boleh tahan sedapnya.

Yang bestnya restoran ni, tukang ambil order tu boleh ingat kesemua makanan yang dipesan tanpa tulis atas kertas. Bayangkan kalau 20 orang yang datang, kedua puluh-dua puluh menu yang mereka order tu dia boleh ingat ko! Siap ingat sekali apa nak kurang apa nak lebih! Dah serupa hard disk memori ha!

restoran zam zam

Kisah Mengerikan Disebalik Kesedapan Makanan Restoran Zam Zam

Namun, baru-baru ini keluar pulak berita yang ownernya Zackeer Abbass Khanrak, 49 didapati bersalah bersubahat dengan rakan niaganya Anwer Ambiya Kadir Maideen, 50 dengan mengupah seorang ‘hitman’ bertujuan menakut-nakutkan pesaing terdekatnya, Liakath Ali Mohamed Ibrahim dari Restoran Victory. Maigod!

Beliau mengarahkan rakan niaganya Anwer untuk merancang serangan terhadap Liakath dan menawarkan fulus yang banyak sekiranya kerja kotor tersebut berjaya. Licik! Anwer yang mengikut arahan kemudian mengupah Joshua Navindran Surainthiran untuk menoreh wajah Liakath yang disangka batang pokok getah menggunakan pisau. Kejadian yang mengerikan itu berlaku pada 26 Ogos 2015.

Kesan torehan tersebut meninggalkan parut kekal di bahagian muka mangsa yang memang tak boleh hilang walaupun guna Bio-Oil. Maka dengan itu, Hakim menjatuhkan hukuman penjara enam tahun berserta enam kali sebatan ke atas Joshua pada tahun 2016.

4 tahun kes ini dibicarakan sehinggalah Jumaat lalu iaitu pada 6 Mac 2020, Hakim Joseph menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Zackeer dan Anwer selepas didapati bersalah bersubahat melakukan jenayah tersebut mengunakan senjata merbahaya sehingga menyebabkan kecederaan parah. Ha..kan dah kantoi!

Zacker dan Liakath ni kalau diikutkan dulu pernah jadi rakan kongsi pada tahun 2005, tapi entah macam mana perniagaan mereka gagal dan si Zacker bermati-matian duk menyalahkan si Liakath yang menjadi punca kegagalan bisnes mereka sehinggakan mendakwa beliau ditipu sebanyak S $ 80,000.

Memandangkan kedua-dua restoran ini terletak di North Bridge Road maka Hakim mengklasifikasikan kes ini sebagai ‘saingan dalam perniagaan’. #JomlahBersaingSecaraSihat

Competition Brings Out The Best In Products And The Worst In People

– Faqimi Fauzi –

zam-zam restoran Singapore

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Kitamen | 7 Tips Sebelum Anda Mulakan StartUp

Previous article

Siapa Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Yang Jadi Menteri Kewangan Ni?

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Life