Jom Travel

Lata Kolam Air Deru Ecopark Yang Cantik Memukau

0

Lata Kolam Air Deru Ecopark sememangnya memukau dan menggamit pelancong yang datang ke sana dengan keindahan landskap semulajadi serta air sungainya yang berwarna biru! Baru-baru ini TF berpeluang ke sana bersama family. Kebetulan semua terkumpul so masing-masing pun pakat plan camping dalam hutan dekat kawasan air terjun.

Lepas dok brainstorm mana nak pergi akhirnya masing-masing bersetuju untuk ke Lata Kolam Air Deru Ecopark. Kononnya nak bagi anak-anak rasa feel bercamping dalam hutan, dekat dengan alam, bagi rasa susah dan macam-macam rasa lagilah nak bagi ke bebudak ni. Bila plan dah baik Aisyah pulak ada majlis konvo dekat tadika dia pada tarikh yang sama.

Memandangkan dah janji dengan dia nak bawak main dengan sepupu-sepupu dia, so kitorang pun decide lepas habis konvo dekat sekolah dia kita gerak terus. Janji harus ditepati bukan dicapati. So dengan gigih kitorang bangun pepagi siapkan bekal dia, packpack baju, ecehhh time tu lah baru nampak sirna diwajah. Happy lah tu dapat berjalan. Haihhh…😌

Aisyah jenis yang suka adventure. Bayangkan malam-malam sebelum tidur dia akan ajak kitorang layan cerita Extreme Roadtrip yang host dia Elfira Loy, Sherry Alhadad dengan Ardell tu. Almost every night dia akan mintak ibu papa pasang cerita tu. Extreme Roadtrip ni dia gabungkan konsep road trip dan bucket list! Selebriti-selebriti ini akan sempurnakan bucket list mereka buat macam-macam aktiviti ekstrem dan mencabar di seluruh negeri di Malaysia.

Haaaa boleh bayang tak Aisyah punya excited macam mana bila tahu nak pergi camping, nak lagi tempat tu dalam hutan dekat kawasan air terjun yang dia sendiri pun tak pernah pergi. Pung pang pung pang habis konvo kitorang gerak terus ke sana. Perjalanan makan masa 2 jam. Tapi bila jalan jauh bawak budak-budak ni dari 2 jam cecah ke 3 jam. Sekejap berhenti nak buang air. Kejap berhenti nak beli roti, air aiii macam-macam hal lah!

Sampai dekat simpang Lata Kolam Air Deru Ecopark kitorang pun teruskan perjalanan merentas ladang kelapa sawit. Separuh jalan tar, separuh lagi jalan berbatu-batu lepas tu sambung balik jalan tar. So kira bucket list pertama Aisyah untuk laluan extreme checked! Hahaha..Sampai je dekat kawasan parking dari jauh dengar dah bunyi air sungai. Memang heaven! Oooo….sebelum tu untuk masuk ke kawasan tu kena lah check in dulu. Satu kepala RM 3 tak silap. Untuk bebudak free. Tapi kalau yang menginap dekat sini tak perlu bayar pun entrance fee.

Sampai je sana kitorang terus ke khemah. Family memang dah rent khemah sesiap. Sampai je, makan-makan, tak sempat habis ko, terus menggelupur memasing terjun dalam air. Uiii dia punya sejuk, nyaman jangan cakap ler! Best! Best! Best dan best! Bagi kaki-kaki pancing situ memang sesuai lah korang nak try test skill korang. Bercakap pasal pancing memancing ni teringat TF waktu tu kitorang dipertemukan dengan sorang budak perempuan rare. Kenapa rare??? Sebab asal dia pancing dia dapat ikan. Hebat oiii! Umur baru 10 tahun! TF berjam berendam dalam air konon nak pancing ikan, bukan kata ikan, batu pun belum tentu dapat! Hati panas tak dapat ikan, telinga pulak panas kena perli dengan budak tu. Macam dah masuk kategori bucket list ni. Bucket list untuk diperli checked!πŸ€ͺ Nak buat macam mana dik…abang redho yang sesungguhnya abang bukan dilahirkan sebagai pengail.

Tapi bucket list Aisyah nombor dua nak pancing ikan berjaya. Happy kemain anak dara kecik sorang ni bila berjaya tangkap ikan lampam tanpa bantuan ibu dengan papa. Senyum sampai ke telinga bila orang-orang dewasa ni memancing masih lagi tak nampak bayang ikannya, tapi dia yang kecik pulak dapat. 2 hari lepas tu, dia siap menganjing lagi paksu dia yang memang kaki pancing tegar time on the way nak ke sekolah. Memang budak berdua ni selalu bervideo call.

β€œ Pak Su pakai joran ribu-ribu setakat tangkap ikan puyu,

Aisyah pakai joran kayu je, dapat ikan lampan tau.”

Lantak lah korang. Itulah pak su itulah anak buahnya. Memasing kuat nyakat! Biaq pi ngan dorang. Okay dekat sini TF nak bagitahu ada 3 Pengkalan yang korang boleh lawat. Tapi Pengkalan Dua dan Pengkalan Suri je boleh mandi. Pengkalan Raja tak dibenarkan mandi oleh pihak pengurusan sebab arus air yang deras dan merbahaya. Bucket list Aisyah nombor tiga nak mandi sungai checked! Seronoknya la hai bila tengok dia mandi. Ni namanya water confident. Memang confident habislah! Asal jangan terlepas pandang mulalah dia nak explore mandi dekat situ sendiri. Untuk yang dah beranak pinak, keselamatan anak harus diutamakan bila berada dekat tempat-tempat macam ni.

Selain mandi ada je benda lain korang boleh buat. Check this out!

Yang bestnya dekat Lata Kolam Air Deru ada macam-macam jenis penginapan yang korang boleh try bagi sesiapa yang plan nak bermalam dekat sini. Ada cabin dorm, tube lodge, hammock, glamping dan juga khemah.

Antara Lain-Lain Kemudahan Disediakan

  • TANDAS – 3 tandas, 3 bilik mandi. Dekat setiap pengkalan pun ada jugak disediakan tandas.
  • PLUGPOINT – Kalau nak guna bayaran dia RM10 sehari. Sebab dekat sini guna generator.
  • DAPUR & SINKI – Kalau sewa chalet adalah dapur dengan sinkinya. Macam kitorang, guna pili air je. Banyak je pili-pili air dekat camping area tu.
  • BBQ PIT – Ada disediakan disetiap pondok dekat situ.
  • STREAM, POOL – Port mandi manda memang dekat sangat dengan camp site. Senang nak akses.
  • PARKING AREA – Dekat dengan kawasan khemah.
  • PHONE COVERAGE – Maxis, Celcom, U-Mobile. Rasanya tak ada masalah phone coverage pun kat situ. Kira nak update IG ke facebook dengan gambar-gambar camping secara on the spot tak ada masalah lar
  • SECURITY & SAFETY – Jangan bimbang! Dekat situ memang ada penjaga/pengawal yang akan mengawal campsite. So jangan risau korang selamat!

Akhir sekali, luang masa bersama keluarga adalah satu pengalaman paling berharga. Selain dapat perkukuh hubungan sesama ahli keluarga, secara tak langsung kita dapat belajar kemahiran keibu bapaan dengan lebih efektif. Masalah tingkah laku anak-anak juga akan berkurangan bila kita banyak luang masa dengan mereka. Setiap anak perlukan perhatian. Trip ni banyak mengajar TF erti kasih sayang, penghargaan dan kesabaran. Sekian parenting tips πŸ˜… Blog ni akan sunyi selama sebulan sebab TF akan pulang ke Melaka berjumpa family belah wife. InsyaAllah…sekembalinya dari sana nanti, TF ada lebih banyak cerita yang TF akan kongsikan dengan korang semua. Sehingga ketemu lagiπŸ˜„.

Sila baca artikel kami yang lain juga tentang Jom Travel.

5 Sebab Kenapa Aku Yang Kena Jelaskan Hutang Dia

Previous article

Payahnya Nak Cari Asnaf di Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *