Bisnes

Malaysia Bakal Lancar Wayang Drive-In Pertama

0

Zaman-zaman dulu orang pacak wayang dekat bendang. Sanggup turun satu kampung ramai-ramai. Tak kisah dah kena gigit pacat atau lintah asalkan dalam hati rasa puas dapat tonton cerita yang ditayang. Namun zaman dah berubah. Dulu tak ada COVID, bolehlah berlonggok reramai dengan kawan-kawan kampung. Tapi zaman COVID ni kau duduk berlonggok sekampung, takut kau kena pelangkung.

Habis tu macam mana nak dapatkan liburan??Walaupun 1 Julai haritu panggung wayang dah dibenarkan untuk beroperasi tapi tak syoklah weyh keluar dating bawak awek. Konon nak tengok wayang, alih-alih dalam panggung kena pulak duduk jarak-jarak 1 kerusi. Jauh tu! Eh! Memanglah kena jarak. Nama pun bukan muhrim.

Disebabkan pandemik Covid-19, dan pembukaan semula wayang mengikut SOP dan norma baru, wujud segelintir manusia yang kurang selesa dengan konsep penjarakan sosial dalam panggung wayang ini. Maka disebabkan itu pawagam drive-in atau tonton dalam kereta nampak gayanya bakal jadi popular semula.

Kalau anda perasan konsep tengok wayang dari dalam kereta ni dah banyak pun apply dekat negara-negara luar macam di Amerika Syarikat dan sebagainya. Namun disebabkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak terutamanya yang membawa anak kecil menonton wayang, maka syarikat M-Junction melihat permasalahan ini sebagai peluang bisnes untuk melancarkan pawagam berbentuk drive-in pertama di Malaysia.

Thailand merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang dah pun start dengan pawagam berbentuk drive-in ini. Malah sambutan dari peminat filem pun amat menggalakkan.

So lepas ni anda dah tak perlu bimbang nak menonton wayang bersama yang tersayang. Tapi ingat tengok wayang je okay, jangan pulak sibuk buat wayang dalam kereta. Penjarakan sosial perlu memandangkan Covid pun belum hilang sepenuhnya. #kitajagakita

Sementara nak tunggu wayang drive-in beroperasi, jom klik link ini https://gsc.com.my/main/home untuk lihat filem yang bakal ditayang bermula 1 Julai 2020 ini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Suntikan Radiofrequency Ablation Mampu Hilangkan Sakit PID, Tapi?

Previous article

Diskaun 50% Hotel 4 & 5 Bintang Di 6 Negeri Tumpuan Pelancong

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Bisnes