Medical Card

Medical Card Online Ubah Cara Mohon Takaful, Tak Perlu Jumpa Ejen Dah

0

Kini wujud satu platform dinamakan Medical Card Online yang mengubah cara masyarakat memohon takaful daripada kaedah konvensional melalui perjumpaan secara berdepan-depan kepada perjumpaan menerusi alam maya. Jadi anda boleh memohon medical card secara online sahaja

medicalcardonline.my

Apa Dia MedicalCardOnline.my Ni?

Sejak berlakunya penularan wabak covid-19, kesedaran masyarakat tentang kepentingan takaful terutamanya medical card meningkat secara mendadak namun ramai yang takut untuk berjumpa dengan ejen takaful kerana bimbang dijangkiti virus ini.

Melihat perubahan ini syarikat-syarikat takaful mula mengubah langkah dengan memperkenalkan kaedah pendaftaran melalui atas talian tanpa perlu pemohon berjumpa dengan secara berdepan dengan ejen.

Kaedah yang julung-julung kali diperkenalkan ini mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat kerana tidak perlu lagi berjumpa secara berdepan dengan ejen dan dalam masa yang sama mengelakkan potensi keberjangkitan wabak covid-19.

Melihat peluang ini, satu agensi mengambil inisiatif membuat satu portal untuk memudahkan penyaluran maklumat berkaitan dengan pelan takaful kepada pelanggan. Ini dapat membantu pelanggan lebih memahami perlindungan takaful yang diambil disamping mengelakkan berlakunya salah faham ketika memohon.

Bagaimana Pendaftaran Medical Card Secara Online Dibuat?

1. Layari Laman Medical Card Online

Melalui kaedah memohon medical card secara online ini, pemohon hanya perlu melayari laman web Medical Card Online dan memilih dan memahami produk takaful yang diingini.

Laman medical card online ini dibina seringkas mungkin untuk memudahkan pemahaman pengguna dengan produk takaful yang dipilih.

2. Pilih Masa Temujanji Dengan Wakil Takaful

Selepas memahami dan memilih produk takaful yang diingini, anda hanya perlu menekan butang apply untuk memilih masa untuk penerangan dengan lebih lanjut tentang produk takaful yang diingini.

Terdapat 3 pilihan masa yang diberikan untuk sesi penerangan iaitu 11 pagi, 4 petang dan 10 malam. Selepas menghantar permohonan, wakil daripada medicalcardonline akan menghubungi anda untuk pengesahan permohonan dan seterusnya link untuk penerangan secara online akan diberikan.

3. Penerangan Melalui Zoom Meeting

6 Aplikasi Alternatif kepada Zoom Meeting

Penerangan tentang produk akan diberikan melalui kaedah online iaitu menerusi Zoom Meeting. Kami nasihatkan anda ‘install‘ terlebih dahulu aplikasi ini sebelum sesi bermula.

Kaedah inilah yang membezakan antara permohonan melalui kaedah konvensional yang memerlukan perjumpaan secara fizikal digantikan dengan perjumpaan melalui kaedah maya.

Ketika sesi ini, anda boleh bertanyakan segala detail maklumat yang anda ingin tahu yang tidak ada di dalam portal. Dah juling mata cari maklumat dalam portal tapi tak jumpa-jumpa jugak. Tak apa, anda boleh tanya soalan tersebut ketika sesi Zoom Meeting ini.

4. Lengkapkan Pendaftaran Online

Ada yang bertanya bagaimana tandatangan dibuat menerusi kaedah online ini? Jawapan dia melaui permohonan secara online ini, anda tidak perlu menandatangani apa-apa ketika proses permohonan.

Jadi macamana nak mengesahkan permohonan kita jika tiada tanda tangan?

Untuk menggantikan kaedah permohonan yang menggunakan tandatangan, anda hanya perlu selfie bersama kad pengenalan anda sama seperti anda mengesahkan pendaftaran di aplikasi e wallet.

Apabila anda selfie bersama kad pengenalan anda, ini menunjukkan anda adalah pemohon yang sah. Maklumat-maklumat lain juga diisi secara online oleh wakil medicalcardonline.

5. Mengesahkan Pendaftaran

Setelah permohonan dihantar kepada syarikat pengendali takaful, syarikat takaful akan menghantar satu email kepada anda dan anda hanya perlu membalas YA pada email tersebut dan maka dengan langkah kelima ini maka selesailah permohonan takaful dan medical card secara online.

Apa Komen Kami

Perubahan kelakuan manusia ketika ini sangat ketara, usaha membuat pendaftaran secara online ini amat baik sekali. Ia sangat mudah dan memberi perasaan selamat dikalangan masyarakat untuk mendapat medical card tanpa perlu terdedah dengan risiko jangkitan covid.

Kami jangkakan ini hanya satu permulaan baru bagi industri takaful selepas kemelut virus covid ini dan akan ada banyak lagi perubahan besar yang akan berlaku dalam industri ini.

Baca juga article kami tentang perlindungan

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Hari Buruh 1 Mei Bukan Tanda Penghargaan Daripada Majikan

Previous article

Hati-hati Dengan Skim Wahed Investment Palsu Ini

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Medical Card