Medical CardPerlindungan

Medical Card Protection Sikit – Tukar, Upgrade atau Tambah Plan?

0

Sudah lebih 20 tahun medical card ditawarkan di Malaysia. Tapi pada zaman-zaman dulu kos rawatan di hospital tak lah terlalu tinggi dan oleh sebab itulah limit medical card pun tak banyak macam zaman sekarang.

Jadi buat mereka yang sudah ada medical card sebelum tahun 2010, jumlah coverage yang anda ada mungkin hanya sekitar RM100,000 limit seumur hidup dan itu belum kira limit tahunan yang boleh guna yang mana kita tahu untuk sakit kritikal seperti pintasan jantung, kanser dan sebagainya memerlukan kos melebihi RM100,000. Jelas menunjukkan medical card anda sudah tidak mampu untuk menampung kos rawatan yang naik secara mendadak sekarang ini.

Jadi apa yang patut anda lakukan? Tukar plan baru? Atau upgrade ke plan yang lebih tinggi? Atau tambah lagi satu medical card?

Ini kupasan yang anda patut tahu sebelum membuat keputusan.

  1. Tukar Plan Baru

Kelebihan menukar plan baru membolehkan anda menikmati tawaran pelindungan yang diidamkan. Malah ada pengendali takaful yang menawarkan pelan perlindungan tanpa had samada had tahunan mahupun seumur hidup. Jadi memang dah tak perlu pening kepala kalau lagi 10 tahun kos rawatan meningkat lagi. Sebab semuanya unlimited.

Tapi satu perkara penting yang anda perlu tahu adalah polisi insurans lama anda telah pun matang dan ‘kebal’ untuk claim segala jenis penyakit yang dilindungi.

Untuk pengetahuan siapa yang belum tahu, kebanyakan pengendali takaful memerlukan tempoh 2 tahun untuk jadi ‘kebal’(matang). Sebelum tempoh 2 tahun sampai, pengendali takaful berhak untuk menyiasat terlebih dahulu bila sakit yang dihidapi berlaku. Jika berlaku selepas apply medical card, maka tiada masalah untuk claim. Jika terbukti berlaku sebelum apply medical card, maka jawabnya tak boleh claim.

Jadi disini kalau anda stop medical card anda yang lama tu, dan apply plan baru maka anda kehilangan kuasa ‘kebal’ medical card lama anda. Dan tempoh kekebalan 2 tahun itu perlu bermula semula dari awal. Sekiranya sebelum tempoh 2 tahun ditakdirkan anda menghidap sakit kritikal dan doktor mengesahkan sakit itu berlaku sebelum apply medical card yang baru maknanya anda tidak akan dapat perlindungan dari mana-mana medical card sama baru ataupun lama. Bukankah ini satu kerugian yang besar?

2. Upgrade ke Plan yang lebih bagus

Berbeza dengan tukar, upgrade tidak memerlukan tempoh kekebalan yang lama seperti ‘tukar pelan baru’. Hanya 1 bulan ‘waiting period’ diperlukan untuk jadi ‘kebal’ balik namun perlu diingatkan sekiranya dalam tempoh 1 bulan itu anda menghidap apa-apa penyakit, ada kemungkinan sakit itu tidak akan dicover namun masih tertakluk kepada polisi syarikat pengendali masing-masing.

Cuma perlu diingatkan disini, pada kebiasaanya, polisi medical card hanya boleh upgrade dalam ‘jenis’ yang sama. Medical card yang terbaru biasanya tergolong dalam ‘jenis’ yang berbeza. Maknanya anda masih tidak mendapat perlindungan yang paling terkini yang sesuai dengan zaman sekarang.

3. Tambah Medical Card

Tambah medical bermaksud anda masih meneruskan medical card sedia ada dan dalam masa sama anda menambah lagi satu medical card untuk mencukupkan jumlah perlindungan.

Kelebihan cara ini adalah anda hanya tertakluk kepada waiting period & tempoh matang 2 tahun untuk medical card baru sahaja. Jika terjadi sesuatu kepada anda, anda tidak perlu risau kerana medical card lama anda cukup bersedia untuk digunakan.

Kekurangan cara ini sudah tentulah anda memerlukan bajet tambahan untuk membayar 2 medical card dalam satu masa. Namun sudah ada pengendali takaful yang menawarkan medical card tambahan untuk mereka yang mempunyai masalah limit medical card tidak cukup dengan harga permulaan di bawah RM100. Jadi ia tidaklah satu beban yang besar dengan tawaran unlimite coverage.

Mana satu pilihan yang terbaik terletak di tangan anda.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Rahsia Teknik Melabur Guna KWSP Akaun 1

Previous article

7 Perkara Tentang Zakat Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Medical Card