Life

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Yang Memang Ohsem

0

Di tengah-tengah kemelut politik yang melanda, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamed masih lagi sempat mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk Rakyat iaitu pada 27 februari 2020.

Pakej Rangsangan Ekonomi yang bernilai RM20 bilion ini ditunjangi oleh tiga (3) strategi seperti berikut:

Strategi Pertama : Menangani impak COVID-19
Strategi Kedua : Memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat
Strategi Ketiga : Menggalakkan pelaburan berkualiti

PUTRAJAYA, 26 Feb–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ini bukan sebarangan pakej! Bukan pakej kahwin 4 atau pakej urut. Ini Pakej Rangsangan Ekonomi beb! Apa yang bakal anda baca ni pasti membuatkan anda-anda semua teruja! Yesssssssss!!! Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi ini anda akan dapat banyak fulusssssssssss…

TF tak nak sentuh secara keseluruhan apa yang ada dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 ini. Tapi TF hanya nak memfokuskan kepada apa yang menarik melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 ini yang dapat dinikmati oleh rakyat. So kalau anda rasa anda salah seorang rakyat Malaysia make sure baca sampai habis okay!

1. MENANGANI IMPAK COVID-19

Macam-macam langkah dilakukan kerajaan dalam menangani isu Covid ini. Banyak pengecualian cukai dan diskaun diberikan kepada syarikat-syarikat dan badan yang terlibat dengan Covid. Detail mengenai pengecualian cukai diskaun semua ni anda boleh baca dalam link Teks Ucapan Perdana Menteri di bawah. Manakala untuk rakyat pula apa yang kita nak tahu adalah Covid ini terkawal dan kita selamat daripada dijangkiti virus berkenaan.

Beberapa bentuk bantuan disediakan untuk mereka yang membantu menangani penularan virus Covid tersebut. Iaitu:

  1. Bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.
  2. Elaun khas RM400 kepada doktor dan kakitangan perubatan dan RM200 untuk kakitangan lain yang terlibat.

2. Masa Untuk Travel

Siapa tak suka travel angkat tangan! Ahhh! Bohonglah! Semua orang suka kot! Siap ada yang nak melancong bulan 3, tempah penginapan setahun sebelum. Uihhhh… “Takut nanti Yang bilik Suite atas pokok betik yang I nak stay tu orang dah book dulu.” Hamboiii..Over uolls… Nah! Berita baik untuk anda semua, Rakyat Malaysia akan diberikan Baucer Digital Pelancongan Domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen. So maksudnya anda dah boleh jimat berganda-ganda bila nak travel atau bercuti ke mana-mana dengan family. Nak-nak pulak kalau tempahan untuk penginapan menggunakan Trivago, AirBnB, Agoda, OYO, Fuyooo dan apa-apa yo lah!

3. Travel Pun Dapat Pelepasan Cukai

Uishhhh!! Kalau camtu jom pergi Korea lah. Dapat usha mamat korea hidung montok. Tak pun Balkan. Dengarnya cantik tempat tu! Maka Jemah pun dengan gelojohnya mula pasang cita-cita nak bercuti di obersi.

Sabar Jemah… TF mention awal-awal tadikan…pelepasan cukai RM1,000 hanya diberikan untuk pelancongan domestik sahaja. Kalau ke luar negara tak dapatlah pelepasan cukai ni. Ngerti kamu?

4. Caruman KWSP dikurangkan dari 11% kepada 7%

Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak 4% iaitu dari 11% kepada 7%.

Ini bermakna, RM10 bilion akan kekal di tangan pencarum berkuatkuasa sehingga akhir tahun ini!

5. Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup yang sepatutnya diserahkan kepada mereka yang layak adalah pada Mei 2020. Namun sebaliknya Bantuan Sara Hidup telah diawalkan pada Mac 2020 dengan penyerahan bantuan sebanyak RM200.

So kalau nak bercuti dengan fulus yang diperoleh melalui BSH ni maknanya anda dah ada total lebih kurang RM300 kesemuanya. Okaylah tu! Lepas dah la nak bayar bilik Suite atas pokok betik yang dah booked setahun awal tu. Fewit!!

6. BSH Tambahan

Selain BSH yang diawalkan, ada lagi BSH tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.

Bulan Mei??? Uishhh!! Raya kot time tu! So fulus yang anda dapat tu bolehlah digunakan untuk membuat persiapan raya contohnya beli kain raya pakej sekali dengan langsir ke, kuih raya 150 balang ke. Lantak koranglah. Fulus korang.. Pepandai korang lah nak guna untuk apa pun kan.

7. Geran Usahawan

Siapa lagi nak naikkan ekonomi negara kalau bukan kita yang bergelar usahawan ni. Melalui PRE2020 kerajaan juga ada menyediakan beberapa geran untuk usahawan-usahawan di luar sana. For us, this is the right time untuk anda mohon geran dan upgrade business anda.

  1. Untuk usahawan-usahawan digital, ini berita baik untuk anda! Geran sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada 10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan mereka dalam platform e-dagang.
  2. MDEC juga akan mendapat peruntukan tambahan RM20 Juta untuk perkhdimatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf Pusat Internet Desa kepada hab e-dagang.

Akhir Kata

Dulu sewaktu SARS menyerang, sektor pelancongan terjejas teruk dari 7.1% kepada 4.6% je. Tapi disebabkan kerajaan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi jugak time tu, akhirnya sektor pelancongan pulih dari 4.6% kepada 6.5% KDNK.

Jadi apa yang kerajaan bagi ni, nikmatilah dan samada sedar atau tak kita telah pun membantu pulihkan KDNK pelancongan negara kita.

So! Dah terfikir nak melancong ke mana??? Hmmm… kalau pergi Sungai Como Kenyir yang TF share haritu pun ok jugak kan!

Enjoy your holiday!

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Dahmakan Raih RM75.89 Juta Dalam Dana Pelaburan Pusingan Siri B

Previous article

2 Kaunter Saham Ini Dikaitkan Dengan Muhyiddin

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Life