Inspirasi

Payahnya Nak Cari Asnaf di Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz

0

Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz amat payah sekali nak cari golongan asnaf kerana hampir kesemua penduduk time tu kaya raya disebabkan kebijaksanaan beliau menguruskan pentadbiran negaranya.

Siapa Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ini?

Macam meyakinkan je muka memasing membaca. Korang tahu tak siapa sebenarnya Khalifah Umar Abdul Aziz ni? Hmmmm…macam pernah dengar…tapi di mana ya? Okaylah tak payah acah-acah tahu jom jelah baca😌 Nama sebenar beliau adalah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam. Beliau lebih dikenali sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Dilahirkan pada tahun 63H (682M) dan meninggal dunia pada 101H (720M). Beliau merupakan anak kepada Gabenor Mesir Abdul Al-Aziz, adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Zaman khalifah umar abdul aziz

Part paling best Khalifah Umar Abdul Aziz ni merupakan cicit kepada Khalifah kedua Khulafa’ Ar-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khattab melalui ibunya, Laila binti Asim bin Umar Al-Khattab. Maka, bak kata pepatah arab yang dimelayukan, “mana tumpahnya kuah kalau tak ke roti”. Boleh dilihat sikap serta keperibadian beliau menyerupai moyangnya Saidina Umar Al-Khattab.

Saat Menjadi Khalifah ke Enam Bani Ummayyah

Khalifah Umar Abdul Aziz tak pernah mengimpikan jawatan sebagai khalifah kerana baginya ujian serta tanggungjawab menjadi khalifah sangat besar namun sepupunya Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik telah mewasiatkan jawatan ini kepadanya sebelum meninggal. So, no choice I must accept the position.

Beliau seterusnya dilantik menjadi Khalifah pada tahun 98H (717 M) dan sebagai permulaan menggalas tugas serta tanggungjawab berkenaan beliau perlu mengumpulkan penduduk-penduduk di masjid untuk solat berjemaah dan berpidato.

Wahai manusia! Saya telah diuji untuk menjalankan tugas ini tanpa diminta pendapat, permintaan dari saya, atau musyawarah kaum Muslimin. Maka sekarang ini saya membatalkan bai’ah yang kalian berikan kepada diri saya dan untuk selanjutnya pilihlah khalifah yang kalian suka!

Khalifah Umar Abdul Aziz

Tetapi penduduk-penduduk mengatakan,

Kami telah memilih engkau wahai Amirul Mukminin. Perintah lah kami dengan kebahagiaan dan keberkatan!

lalu Umar Abdul Aziz membalas

Wahai manusia! Taatilah saya selama saya mentaati Allah dalam memerintahmu dan jika saya mendurhakai-Nya tidak ada seorang pun yang boleh mentaati saya.”

Khalifah Umar Abdul Aziz

Selepas menyampaikan speech yang amazing yet mengharukan itu beliau pun turun dari mimbar.

Kenapa Tiada Fakir Miskin Ketika Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz?

Sewaktu zaman Rasulullah institusi Baitulmal belum lagi wujud secara formal. Tetapi institusi kewangan mula diwujudkan secara tak rasmi apabila masjid-masjid dijadikan pusat pentadbiran untuk urus hal ehwal ibadat dan kemasyarakatan. Keadaan tersebut berterusan sehingga zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.

Ia menjadi lebih meluas semasa era pemerintahan moyang Khalifah Umar Abdul Azizi iaitu Khalifah Umar Al-Khattab. Melalui perluasan wilayah-wilayah baru yang dikuasai beliau sekaligus mendatangkan perubahan besar dimana kebijaksanaan diperlukan sehinggalah fungsi harta diperoleh ketika itu dimanfaatkan untuk membayar gaji pekerja, membiayai perbelanjaan negara, menjana pembangunan ekonomi dan sebagainya.

Sumber Baitulmal pada ketika itu meliputi:

#1 KHARAJ
Cukai yang dikenakan terhadap tanah yang dibuka oleh orang-orang Islam secara peperangan atau perdamaian yang tidak dibahagi kepada pejuang Islam tetapi dijadikan harta negara dengan pemiliknya yang asal.

#2 JIZYAH
Merupakan cukai (diri) yang dikenakan terhadap bukan Islam (kafir zimmi) yang tinggal di negara Islam.

#3 USYUR
Cukai yang dikenakan ke atas tanah yang dimiliki oleh orang kafir yang memeluk Islam tanpa melakukan peperangan.

#4 WAKAF DAN WASIAT
Penyerahan penggunaan harta secara manfaat untuk kebajikan umat Islam.

#5 KAFFARAH
Merupakan denda yang dikenakan ke atas seseorang yang melakukan kesalahan syarak seperti melanggar sumpah, nazar, bersetubuh pada bulan Ramadan atau melakukan zihar.

#6 ZAKAT
Salah satu rukun Islam iaitu kewajipan mengeluarkan kadar yang tertentu daripada harta umat Islam dan wajib dibelanjakan kepada golongan-golongan tertentu yang berhak (asnaf).

Sebelum zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, para pemerintah berlumba-lumba mengutip zakat daripada rakyat. Siapa kutip paling tinggi dialah yang paling hebat. Whattt???😑 Duit zakat itu kemudiannya dibiarkan terkumpul tinggi melangit tanpa dimanfaatkan untuk mereka yang memerlukan. Sedangkan salah satu kefungsian sesebuah baitulmal itu adalah bertindak menjadi badan yang menguruskan duit zakat terkumpul untuk diagih kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan.

Melihat kepada isu terbabit, sejurus selepas memegang tampuk pimpinan, Khalifah Umar Abdul Aziz telah membuat perubahan besar sekaligus berjaya menjadikan hidup rakyatnya aman sejahtera sehinggakan tak ada lagi mereka yang memerlukan bantuan zakat dari Baitulmal. Fuh!

Antara Perubahan Yang Dilakukan

1. Memberi Suasana Sihat Untuk Pertumbuhan Ekonomi

Reformasi pertama yang diubah oleh Khalifah Umar Abdul Aziz adalah menghapuskan amalan bermewah dalam kalangan masyarakat dan mengembalikan harta kepada baitulmal. So, nak start benda ni beliau sendiri yang harus menunjukkan contoh tauladan baik kepada rakyat.

I must start first! Jyeah

bisik beliau dalam hati

Sebelum menjadi khalifah beliau seorang yang gemar beli pakaian mahal-mahal, makan mewah-mewah. Tapi beliau tahu untuk menjayakan sesebuah reformasi perkara itu ia seharusnya dimulakan daripada dirinya sendiri. Maka, selepas menjadi khalifah beliau bertindak mengenakan pakaian biasa dan hanya akan menukarnya kepada yang baru bila dah lusuh atau kotor. Ate, adakah kita masih dapat lihat pemimpin gaya ni zaman la ni? Kalau ada pun amat sedikit jumlahnya. Yang bedazzled satu baju pun ada sebab nak tunjukkan kekayaan dan nakkan penghormatan rakyat. Siot!

Sebelum-sebelum ini setiap khalifah mempunyai pengawal peribadi sendiri. Namun Khalifah Umar Abdul Aziz sebaliknya mengembalikan pengawal peribadi beliau kepada pasukan tentera. Malah, beliau juga bertindak mengembalikan harta dan perhiasan diri isteri dan anak-anaknya kepada Baitulmal.

Melihat pada situasi tu tadi, pegawai-pegawai kerajaan ni pun tak boleh nak kata apa lah sebab Khalifah Umar Abdul Aziz memulakan reformasi dari dirinya sendiri. Beliau tak pernah keluarkan sebarang arahan kepada pegawai-pegawai kerajaannya untuk turut melakukan perkara sama. Sebaliknya beliau menjadikan diri beliau sebagai role model yang akhirnya menjadi ikutan secara tak langsung oleh pegawai-pegawai kerajaan tersebut.

Apa yang cuba dipaparkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz ini adalah supaya rakyatnya kembali menghayati agama Islam iaitu hidup secara bersederhana dalam semua perkara yang mana dilihatnya sebelum ini rata-rata rakyatnya alpa dengan kemewahan dunia.

Selain itu, banyak penyelewangan yang berlaku semasa zaman-zaman pemerintahan sebelum ini. Oleh itu, beliau melarang gabenor-gabenor, kakitangan kerajaan memonopoli harta negara, merampas serta menyita kekayaan secara zalim. Untuk mereka yang dizalimi beliau memerintahkan supaya harta itu dikembalikan kepada tuan asal. Sekiranya harta tersebut gagal dikenalpasti siapakah pemiliknya maka barulah ia menjadi milik negara untuk dimanfaatkan rakyat.

Selain itu, Khalifah Umar Abdul Aziz juga membina infrastruktur seperti jambatan, menyediakan pengangkutan awam, menggali beberapa perigi, membina jalan raya dan menggali tanah untuk membina sungai sekaligus membuka peluang kepada rakyat untuk menceburi bidang perniagaan dan perdagangan.

Dana Baitulmal kemudiannya banyak terkumpul hasil daripada kutipan zakat perniagaan dan perdagangan yang dijalankan. Hal ini mendorong lebih ramai kafir zimmi memeluk agama Islam. Yang tak tahu siapa kafir zimmi ni sebenarnya mereka ini adalah orang bukan muslim yang bernaung atau berlindung dengan negara-negara Islam.

2. Pemantapan Dana Baitumal

Ada banyak jenis dana Islam di Baitulmal pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz antaranya zakat, ufti, kharaaj, usyur, ghanimah dan fa’ie. Hasil-hasil ini semakin meningkat setiap hari. Why??? Sebab…lepas dah berjaya mewujudkan sebuah suasana ‘sihat’ dalam kalangan rakyat, hasil perniagaan, dagangan serta pertanian semakin meningkat. Haaa…Inilah namanya berkat!

Begitu juga dengan penduduk Islam, setelah ramai orang kafir zimmi memeluk agama Islam, hal ini secara tak langsung meningkatkan jumlah pengeluar zakat dan hasil zakat pula kian bertambah.

You see, semakin hari semakin ramai rakyat mampu mengeluarkan zakat sehingga boleh dikatakan semua rakyat semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Azizi terkeluar daripada kategori asnaf.

Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang fakir.

Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu kaya. Akhirnya, zakat tersebut saya putuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya

Riwayat Yahya bin Said

Berdasarkan hadis ini, kita dapat lihat bertapa payahnya nak cari golongan fakir ketika itu disebabkan semua rakyat telah memiliki kehidupan senang sehinggakan tak perlu menerima bantuan asnaf lagi.

4. Dana Baitulmal Dikembalikan Kepada Rakyat

Jika sebelum ini mereka berlumba-lumba bersaing siapakah yang paling banyak kutip zakat untuk dana Baitulmal tetapi Khalifah Umar Abdul Aziz pula bertindak mengeluarkan hasil tersebut dan mengagihkan kepada rakyat yang dalam kesusahan. Hal ini secara tak langsung menimbulkan rasa khuatir dan ragu-ragu oleh kebanyakan gabenor-gabenor. Mana taknya, dulu dana dekat Baitulmal kemain banyak cam ni haaaa tup tup makin berkurang. Namun Khalifah Umar membalas:

Engkau telah memberitahuku tentang Baitulmal yang banyak menyimpan dana. Dana tersebut boleh engkau gunakan untuk melunaskan hutang pasukan perangmu yang tidak digunakan untuk kemaksiatan atau juga untuk mereka menikah namun tidak memiliki apa-apa sebagai mahar untuk pengantin wanita.

Apa jua kemasalahan rakyat dari sudut kewangan dibantu oleh Khalifah Umar Abdul Aziz. Antaranya yang mempunyai masalah kesihatan, menjadi tawanan perang, hidup dalam kemiskinan, hutang orang hidup dan hutang orang mati yang tidak berkait dengan maksiat. Malah beliau juga sanggup membantu mereka yang tak mampu menyediakan mahar pernikahan. Sementara orang lumpuh dan buta pula disediakan seorang hamba bagi membantu mereka.

Fartunah as-Sauda’ yang merupakan seorang hamba ketika itu pernah menulis surat mengenai tembok rumahnya yang rendah. Hal tersebut menyebabkan beliau mudah diserang orang jahat dan ayamnya pula seringkali dicuri. Prihatin dengan nasib Fartunah, Khalifah Umar Abdul Aziz segera meminta pegawainya di Mesir untuk meninggikan tembok rumah Fartunah. Nampak remeh, pasal tembok rendah je, tapi sekecil-kecil masalah tu pun tetap dipandang berat oleh beliau. Haaaa….tu belum masuk rumah yang tak ada tembok😎

Ziyad yang merupakan hamba kepada Ibn Iyasy dibenarkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz untuk masuk ke Baitulmal dan mengambil harta dalam Baitulmal tersebut. Walaupun pada awalnya penjaga Baitulmal curiga dengan arahan tersebut namun memandangkan ia arahan daripada Khalifah Umar Abdul Aziz maka penjaga Baitulmal terpaksa akur.

Pada masa tu Ziyad pun masuk ke Baitulmal tetapi beliau hanya mengambil sekitar 80 atau 90 dirham je. Melihat keadaan itu, Khalifah Umar Abdul Aziz memandang penjaga Baitulmal dan berkata;

Aku tahu kepada siapa aku tumpahkan harta baitulmal (membuka dan mengambilnya sesuka hati)

Perghhhhhh! Macho scene ni kalau buat filem!

4. Mencatur Kewangan Negara Dengan Cermat

Gaji antara perkara utama dalam sesebuah pengurusan pentadbiran. Walaupun beliau melarang kakitangan kerajaannya membabitkan diri dalam perniagaan, namun beliau tetap cakna akan kebajikan kakitangannya. Sebagai majikan beliau memutuskan untuk memberi gaji yang tinggi kepada mereka dan sebaliknya mengurangkan gaji beliau sendiri. Okay! Ni lagi macho! Why??? Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk mengelakkan berlakunya pengkhianatan dari kalangan anggota kerajaan.

Beliau juga amat mengambil-berat tentang kebajikan rakyatnya yang miskin. Beliau malah menaikkan gaji buruh sehinggakan ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan. Haha… cool!

Selain daripada itu beliau turut menitahkan supaya kakitangan kerajaan menggunakan harta negara dengan cermat seperti tak gunakan lilin untuk tujuan peribadi selepas kerja (zaman tu tak ada letrik lagi ) dan tak bazirkan penggunaan kertas macam yang anak kami buat sekarang ni🤦🏻 Setiap kali nak keluar beliau akan bagi nota “Aisyah sayang ibu papa”. Pakai satu kertas A4 tapi tulis dekat bucu je.

Sila baca juga artikel kami yang lain berkaitan Inspirasi.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Lata Kolam Air Deru Ecopark Yang Cantik Memukau

Previous article

Budak Korea 12 Tahun Raih Pulangan Pelaburan Sehingga 43%

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *