fbpx
Saham

Peluang Untuk Anda Jadi ‘BOS’ Mr DIY

0

Siapa je yang tak kenal dengan Mr DIY. Kalau nak beli peralatan rumah contohnya, tiada tempat yang lebih jimat dari beli dekat Mr DIY. Betul tak? Lately rangkaian Mr DIY berkembang dengan agak pesat. Mesti banyak untung company ni? Kita pulak takkan nak tengok je diorang ni buat untung. Apa kata kali ni kita ‘ambil alih’ Mr DIY dan jadi BOS? Kita pulak yang buat untung dengan Mr DIY. Amacam??

Bila dah jadi pemilik Mr DIY nanti boleh lar kita pergi ke mana-mana cawangan Mr DIY, lepas tu cakap dengan berlagaknya dekat akak kaunter “Awak tahu tak saya siapa? Saya owner Mr DIY ni tau!” Kalau berani buat lar. Memang makan pelempang la jawabnya.

Berita baik! Ini bukan angan-angan mat jenin tapi ini realiti. Mr DIY akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada APRIL 2020. Jadi ini peluang untuk kita jadi ‘BOS’ Mr DIY.

So, sebelum korang berangan nak jadi BOS Mr DIY make sure first skali korang appy IPO. IPO adalah ‘Initial Public Offering’, iaitu fasa pembelian pegangan sesuatu kaunter sebelum kaunter itu disenaraikan di Bursa Malaysia. Apa bestnya apply IPO ni? Untuk pengetahuan korang, bila kita beli saham masa IPO ni, kita beli sebelum kaunter disenaraikan di Bursa Malaysia. Jadi harga yang kita dapat pun biasanya tersangatlah rendah berbanding harga hari pertama ia disenaraikan dalam Bursa Malaysia. So pendek kata, hari pertama tu kita dah boleh untung berganda-ganda. Ada tu dapat 3 kali ganda dari harga IPO! Sebab tu ramai orang berebut-rebut nak beli pada harga IPO. Cumanya kena ingat, unit yang ditawarkan adalah terhad.

470,745,000 unit (Bumiputra) ditawarkan

Harga per unit masih belum diumumkan tapi dengar daripada beberapa sumber harga 1 unit bernilai RM1 ke atas. Maknanya saham ini bukan kaleng-kaleng. Saham yang power. Jadi modal pun kena besar lah.

Macamana Nak Apply Saham Mr DIY?? Cepat lah Beritahu

Sabar…sekarang ni ia belum lagi disenaraikan di Bursa Malaysia. Cepatlah..macamana caranya nak apply saham Mr DIY ni? Ye..ye..ni TF nak bagitau la ni. Memandangkan sekarang dia dalam fasa Initial Public Offering (IPO) maka kita boleh apply untuk beli saham ni melalui MITI.

  1. Kena daftar dulu

2. Log in & Isi Borang Permohonan

Lepas dah isi korang kena submit borang ni di pejabat MITI terdekat. Sebenarnya agak leceh bukan? Sebab korang kena bagi penyata bank 3 bulan terkini, kena bagi penyata ASB & Tabung Haji bagai. Dan kalau korang penjawat awam kena dapatkan surat kebenaran rasmi dari Ketua Jabatan. Maigod!! Banyaknya kerja!

Dari segi proses, memang nampak melecehkan sikit. Tapi sebenarnya dari segi kelulusan mungkin lagi senang daripada apply direct dengan syarikat securities sebab kalau korang apply di syarikat securities korang kena bersaing dengan non-bumi untuk dapatkan saham ni sementara jumlah unitnya pula terhad.

Oh ya, lupa nak beritahu. Minima unit nak apply adalah 1000unit. Jadi kalau harga RM1/unit so korang kena sediakan RM1000. Ngerti kamu?

Apa Potensi Beli Saham Mr DIY Ni?

Tengoklah beza perniagaan Mr DIY yang pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman. Beroperasi pada Julai 2005. Nampak uzur dan freaky. Tak ubah macam kedai-kedai lama hardware yang biasa tu.

Tapi korang tengok sekarang. Macam langit dan bumi beza dia! Kini Mr DIY dah ada 750 cawangan di seluruh Asia Pasifik! Maknanya bukan Malaysia je. Mr DIY ada di Thailand, Brunei, Indonesia, Filipina dan Singapore. Malah Mr DIY juga ada 8,000 pekerja dan 180 juta pelanggan di seluruh Asia Pasifik.

Sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia pun dah berkembang pesat. Apatah lagi bila dah disenaraikan di Bursa Malaysia nanti? Tak sabar nak tengok kan? Jom sama-sama kita nantikan perkembangan MR DIY!

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

5 Tips Bercuti Di Pulau Perhentian Terengganu Dengan Kos Bajet

Previous article

Apa Nak Buat Bila Tetiba Sakit Ketika Bercuti Di Luar Negara?

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up