fbpx
Inspirasi Usahawan

Pendedahan Akaun & Harta Saidina Uthman Bin Affan Yang Masih Wujud Sampai Sekarang Mengejutkan Ramai Pihak

0

Wow!! Serius lar akaun & harta peninggalan Saidina Uthman masih wujud sampai sekarang?? Siapa je yang tak kenal dengan Saidina Uthman Bin Affan R.A ni kan. Dah lah power berurusniaga malah beliau adalah antara sahabat Nabi Muhammadﷺ yang kaya raya, dermawan, baik hati dan pemurah. Jasa beliau dalam membukukan Al-Quran memang sangat-sangat dihargai oleh umat islam seluruh dunia. Maka jom kita sama-sama terkejut hari ini dengan berita yakni sampai sekarang Saidina Uthman masih memiliki akaun di salah sebuah bank di Arab Saudi. Dan yang lagi best akaun dan bil elektrik pun masih atas nama beliau. Amazing!!

Flashback sejarah Islam kejap! Semasa zaman Nabi Muhammad ﷺ, Madinah pernah alami kemarau dan krisis bekalan air bersih. Waktu tu sumber air yang tinggal adalah dari sebuah telaga bernama Bi’ru Rummah’ (Telaga Pemanah). Telaga ni besar dan air dia memang tak pernah kering. Lepas tu pulak rasa sebijik macam air dari telaga zam-zam. Sebabkan orang Islam (kaum Muhajirin) dah biasa sangat minum air zam-zam dekat Makkah so dorang pun berhajatlah nak minum air dari ‘Bi’ru Rummah’ tu. Yang jadi masalahnya telaga tu dimiliki oleh seorang yahudi. So setiap kali dorang nak minum air dari telaga tu orang yahudi ni akan jual dengan harga yang sangat mahal. Maka berkepuk-kepuk la fulus orang yahudi ni. Syok betul dia ambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Kaum Muslimin dan penduduk Madinah pulak no choice time tu selain terpaksa jugak beli air bersih dari orang Yahudi berkenaan. Sehinggalah hal tersebut sampai ke pengetahuan Rasulullah ﷺ. Maka beliau bersabda;

“Wahai Sahabatku! Sesiapa sahaja di antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk membebaskan telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah سبحانه وتعالى.” (HR. Muslim).

sumber: shafiqolbu

Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Uthman Bin Affan R.A dan beliau mula pasang strategi untuk mendapatkan telaga ‘Bi’ru Rummah’ itu. So beliau pun pergi jumpa orang Yahudi pemilik telaga tersebut dan menawarkan kepadanya untuk beli ‘Bi’ru Rummah’ with the highest price. Tapi sayang tawarannya ditolak.

“Seandainya telaga ini aku jual kepadamu wahai Uthman, maka aku tidak mempunyai pendapatan yang boleh aku perolehi setiap hari.” 

Maka Saidina Uthman yang sememangnya bijak dan berstrategi dalam hal-hal perniagaan ni lantas menggunakan soft skill tawar-menawar beliau untuk beli separuh telaga tersebut dengan harga 12,000 dirham. So beliau akan jadi shareholder la kiranya.

“Begini, jika engkau setuju, maka kita akan memiliki telaga ini bergilir-gilir. Satu hari telaga ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikianlah seterusnya berganti berselang hari. Bagaimana?” jelas Saidina Uthman RA.

Orang Yahudi tu pun keluarkan kalkulator. Okay itu bohong. Zaman tu mana ada kalkulator. So dia congak-congak dalam kepala. Wowww!!! Fulusssss….

“Aku mendapatkan wang besar daripada Uthman tanpa kehilangan telaga milikku.” fikirnya.

I’m in! So perjanjian pun termeterai. Padahal time tu dia tak sedar yang dia dah kena game. Akhirnya orang Yahudi tersebut bersetuju terima tawaran Saidina Uthman R.A dan melalui kata sepakat membawa berkat mereka start form now on separuh daripada telaga ‘Bi’ru Rummah’ adalah milik Saidina Uthman bin Affan R.A.

Tanpa berlengah Saidina Uthman R.A pun buatlah pengumuman kepada penduduk Madinah, siapa yang nak ambil air di telaga ‘Bi’ru Rummah’, dipersilakan. Percuma!! No need to pay. Sebab hari ini ‘Bi’ru Rummah’ adalah miliknya. Beliau juga memberitahu penduduk Madinah agar ambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari, sebab esoknya tu pulak telaga tu jadi milik yahudi tu semula. Perghhh!!! Bijak tak bijaknya kan Saidina Uthman ni.

Esoknya tu Yahudi tersebut mendapati telaga miliknya lengang. Mana taknya. Dorang dah dapat stok bekalan air bersih percuma pada hari telaga itu menjadi milik Saidina Uthman. Malah beliau juga dengan murah hatinya beri air percuma kepada orang ramai termasuk yang bukan Islam. So bila tiba giliran telaga tu jadi milik yahudi tu, tak ada siapa pun datang beli sebab stok air cukup lagi dekat rumah. Haa gitu ceritanya. Orang yahudi tadi dia rasa rugi so dia pun pergilah jumpa Saidina Uthman.

“Wahai Uthman! Belilah setengah lagi telagaku ini dengan harga 8,000 dirham.”

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Saidina Uthman R.A bersetuju, lalu dibelinya dengan harga tersebut, maka dengan nilai 20,000 dirham (12,000 dirham + 8,000 dirham), ‘Bi’ru Rummah’ secara mutlak menjadi milik Saidina Uthman R.A.

Lepas tu datang pulak seorang hartawan bertemu Saidina Uthman bin Affan R.A untuk beli telaga tu. Sampai sanggup ha tawar 9 kali ganda daripada harga yang dibeli oleh Saidina Uthman. Korang rasa Saidina Uthman nak jual??? Memang tak la. Sampai bertanya hartawan tu,

“Siapakah lagi yang sanggup membelinya dengan harga yang lebih mahal daripada aku?

Maka Saidina Uthman bin Affan RA menjawab, “ALLAH!” Setel! Terus tak jadi beli.

Semenjak saat itu, kaum muslimin dapat minum air dari telaga tersebut secara percuma tanpa perlu lagi membayar harga tinggi untuk bekalan air bersih. Saidina Uthman bin Affan R.A turut mewakafkan ‘Bi’ru Rummah’ untuk dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja termasuklah Yahudi pemilik asal telaga tersebut.

Dengan izin Allah, beberapa tahun kemudian, tumbuh di sekitar telaga tersebut beberapa pokok kurma dan ianya terus berkembang biak sampai sekarang. Dari dipelihara oleh Daulah Khalifah Uthmaniyah (empayar Kerajaan Uthmaniyah Turki)  lepas tu ia dipelihara pulak oleh kerajaan Arab Saudi sehingga mencecah 1550 batang pokok la. Buahnya pulak lebat yakmat! Mereka bertindak menjaga ladang dan menyimpan hasil jualan kurma tersebut sehinggalah wujudnya Kerajaan Saudi.

sumber: Zine Islamik

Ladang kurma berkenaan kemudiannya dipajak kepada Kementerian Pertanian Cawangan Madinah sejak tahun 1372 dengan kontrak tahunan diperbaharui setiap awal tahun. Kemudian Kerajaan Arab Saudi, melalui Kementerian Pertanian Saudi menjual hasil ladang kurma ini ke pasaran sehingga banyak wang terkumpul. Keuntungan yang diperoleh kemudiannya diinfaqkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Separuh daripada keuntungan itu pula dibuat tabungan dan disimpan dalam bentuk akaun khas di salah sebuah bank atas nama Uthman bin Affan. Akaun berkenaan berada di bawah pengawasan Kementerian Wakaf Arab Saudi.

Fulus dalam akaun khas kemudiannya berkembang biak sehingga mampu membeli sebidang tanah berhampiran Masjid Nabawi. Kemudian sebuah hotel besar bertaraf 5 bintang dibangunkan atas tanah berkenaan serta keuntungan mencecah RM50 juta setahun. WOW!!!! Keuntungan tersebut setengahnya diinfaqkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin manakala setengah lagi ditabungkan pada bank atas nama Saidina Uthman Bin Affan R.A. MasyaAllah…rupa-rupanya dah berkurun sedekah Saidina Uthman Bin Affan ni. Sampai sekarang pun ada lagi. Hebat!!

Nabi Muhammad ﷺ pernah bersabda,

لِکُلِّ نَبِيٍّ رَفِيْقٌ وَرَفِيْقِيْ يَعْنِيْ فِي الْجَنَّةِ

“Tiap-tiap Nabi mempunyai teman dan sahabatku di Jannah (syurga) adalah Uthman.” (Diriwayatkan oleh al-dan Ibn Majah)

Akhir Kata

Bersedekah dan menginfaqkan harta ke jalan Allah adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Semoga kisah Khalifah Allah yang baik hati, pemurah, kaya raya dan dermawan ini menjadi motivasi pada kita untuk rajin-rajin membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Fulus berkepuk tak guna kalau kedekut! Sedekah bantu bersih jiwa. Kita takkan miskin kalau bersedekah, tapi kita akan miskin kalau tak bersedekah. Wallahualam. Moga kisah Saidina Uthman Bin Affan R.A yang dikongsi dalam blog The Fulus kali ini bermanfaat untuk semua.

Sumber:
shafiqolbu
YouTube Ustaz Ibnu Rijal

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Bagaimana ‘Nick VuJicic’ Malaysia Ini Berjaya Mendapat Geran SUPERB RM500K

Previous article

5 Perkara Tentang Duit Arwah Yang Anda Kena Tahu.

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up