Harta Pusaka

Pengurusan Harta Pusaka. Siapa Yang Tanggung Kos?

0

Bila berlakunya kematian, kebiasaannya harta pusaka arwah akan ditinggalkan kepada waris. Untuk melindungi hak pewaris ke atas harta pusaka si mati ini tadi, apa jua harta pusaka si mati yang berdaftar dibekukan bertujuan mengelak sebarang transaksi pengeluaran atau pindah milik kepada sesiapa. Maka isteri, mak ayah, atau anak sendiri tak boleh sesuka hati ambil kad bank korang untuk withdraw duit dalam akaun tersebut.

Pembekuan harta ni bukan sesaja. Ia bertujuan nak lindung kepentingan si mati ini tadi. Sebabnya harta pusaka itu nantilah yang akan digunakan oleh waris si mati untuk langsaikan hutang arwah jika ada. Hutang-hutang tersebut termasuklah hutang sesama manusia, hutang dengan bank ke ataupun hutang dengan Allah Azza Wajalla contohnya macam nazar, badal haji atau apa-apa jelah. Ladies and gentleman….hutang wajib ya dilangsaikan sekalipun korang dah meninggal dunia. Sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadith riwayat Tarmidzi: (1079)

نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.

Hadith riwayat Muslim : (1886)

يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إلَّا الدَّيْنَ

Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).

Hutang adalah perkara pertama yang perlu segera diselesaikan setelah seseorang individu itu meninggal dunia. Hutang wajib dibayar dan diancam dengan ancaman berat sepertimana yang disebutkan dalam hadith sekiranya individu enggan membayar.

Namun, banyak je cara nak pastikan pinjaman atau hutang tersebut diselesaikan contohnya sediakan pelan takaful satu khas untuk jamin pembayaran hutang dan sebagainya. Boleh klik di sini medicalcardonline untuk tahu pelan takaful yang sesuai untuk anda.

Hutang adalah al-dayn al-muajjal (hutang yang boleh ditangguhkan). Maksudnya hutang boleh ditangguh tapi bila dah ada fulus bolehlah slow-slow bayar. Tangguh bukan maksud tak payah bayar terus okay! Enough cerita pasal hutang, seterusnya kita masuk pasal harta yang dibekukan tadi.

Harta yang dibekukan tidak akan cair sendiri macam ais yang diletak bawah terik matahari ya tetuan pepuan. Ia mesti diurus oleh seorang pentadbir yang dilantik oleh si mati tadi semasa beliau masih hidup yang kita panggil sebagai Wasi. Ataupun pentadbir yang dipersetujui perlantikannya oleh kesemua waris fardhu (situasi ni untuk kes yang mana si mati tak sempat nak lantik Wasi ketika dia masih hidup).

Namun, dengan ada Wasi je tak cukup, korang perlu ada sejumlah wang tunai yang cukup untuk urus proses pencairan aset, pengeluaran dan pindah milik harta kepada pewaris. Haaaaa…..persoalannya di sini siapakah individu yang terpilih untuk keluar duit bantu urus benda-benda alah tu semua??? Jeng jeng jeng….

Waris Perlu Keluar Duit Sendiri?

Itu dah semestinya….tapi..sabar..kalaulah waris ni tadi tak ada fulus nak bantu setel kos urus harta pusaka si mati, makanya harta pusaka si mati tadi akan terbeku secara automatiknya dan tak dapat dimanfaatkan oleh sesiapa pun. See.. no wonder terdapatnya peningkatan harta beku di Malaysia setiap tahun sampailah sekarang tahun 2020 harta beku sahaja mencecah sehingga 80 billion. Wow!!! Lagi tinggi jumlahnya dari skandal 1MDB.

Contoh Pertama;

Amanah Raya Berhad akan kenakan caj sebanyak 5% bagi RM25,000 pertama untuk tugas-tugas yang dijalankan Amanah Raya selaku pentadbir harta pusaka si mati. Antara tugas-tugas terlibat seperti;

#1 Pendaftaran aset dan waris-waris

#2 Penyiasatan aset dan waris

#3 Pengesahan aset dan liabiliti

#4 Pembahagian harta pusaka kepada waris

Contoh Kedua;

Pihak hospital kenakan caj sebanyak RM40 untuk medical report si mati. Tu kalau dekat hospital kerajaan. Kalau dekat hospital swasta cecah RM100.

Aiiii….boleh kata banyak lagi la hidden cost yang korang kena ambil tahu bila melibatkan soal pengurusan harta pusaka ni. Tu tak termasuk pulak proses urus pusaka yang kena guna khidmat guaman. Nak lagi kalau arwah memiliki harta bernilai 2 juta ke atas. Dah sah-sah kena setel dekat mahkamah. Kalau bawah 2 juta pun dah tinggi kosnya, apatah lagi yang 2 juta punya harta. Semuanya melibatkan fulusssss ya habibi ya maulana…

So nak ceritanya dekat sini, bila tiada fulus, maka proses pengurusan pencairan aset harta pusaka si mati ini tadi akan tertunda. Hutangnya tak boleh nak diselesaikan, waris pulak sedih tak dapat sebarang manfaat daripada harta arwah. Nak-nak lagi kalau arwah meninggalkan isteri dan anak-anak. Macam mana mereka nak sara hidup tampung belanja harian especially isteri-isteri yang tak bekerja.

Makanya amat penting untuk kita sebagai individu bertanggungjawab membuat perancangan harta pusaka lebih awal semasa korang masih hidup. Juga, fulus yang secukupnya perlu disediakan supaya senang waris nak guna sewaktu proses urus pusaka nanti.

Bagaimana Cara Nak Sediakan Wang Tunai Yang Cukup Untuk Proses Urus Harta Pusaka?

Ada 2 cara praktikal yang sesuai untuk korang apply;

  • Simpanan Tabung Haji – Jangan lupa letak penama supaya senang mereka nak keluarkan duit simpanan tersebut. Penama perlulah individu berumur 18 tahun dan ke atas, mempunyai pertalian dengan kita serta tak perlu lebih 2 orang.
  • Hibah Takaful – Hibah bemaksud hadiah. Sementara hibah takaful pula membawa maksud hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful di mana sejumlah wang pampasan akan diberikan kepada yang tersayang (penama) tanpa wasiat serta tak tertakluk dengan hukum faraid jika pemegang takaful meninggal dunia.

Kedua-dua simpanan ini takkan terbeku lepas kita meninggal dunia. Waris boleh tuntut terus dan keluarkan fulus tersebut untuk mereka guna bagi proses mengurus harta pusaka kita.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, apa yang dilihat menerusi perbincangan di atas, proses urus pusaka perlu dilaksanakan lebih awal bagi mengelakkan terjadinya hal-hal lebih rumit contohnya macam bilangan waris bertambah sebab kematian berlapis, harta tak terurus dan terbiar, dokumen-dokumen penting seperti sijil kematian, surat perjanjian, dokumen hak milik, perjanjian jual beli hilang…aiiii…macam-macam hal lagilah. So, untuk make sure proses tersebut lancar, korang perlu ada fulus yang cukup yang boleh waris guna semasa proses urus harta pusaka tu tadi. Juga ia dapat memudahkan waris menerima serta memanfaatkan harta pusaka korang. Wallahualam.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang harta pusaka.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Disebalik Kemelut Harta Pusaka Yang Melibatkan Ali Dan Balu Abam

Previous article

Ramai Yang Keliru Dengan Dua Jenis Pelaburan Hartanah Ini AHB & AHP

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Harta Pusaka