Simpanan

Perkara Tentang MAE by Maybank2u Yang Anda Kena Tahu

0

Aplikasi MAE by Maybank2u terbuka kepada semua individu yang mempunyai akses Maybank2u dan pengguna baru dengan mendaftarkan akaun MAE melalui aplikasi tersebut.

Maybank menjangkakan tiga juta pengguna untuk aplikasi MAE by Maybank2u yang baru dilancarkan dalam masa 12 bulan. Sehingga kini, Maybank mempunyai sejumlah 10 juta pengguna berdaftar di Maybank2u, sementara e-dompet MAE mempunyai 1.8 juta pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias ​​berkata, visi mereka adalah untuk pastikan 10 juta pengguna Maybank2u berhijrah ke aplikasi MAE by Maybank2u, dengan tambahan dua juta pengguna baru yang akan hadir.

Perkara Tentang MAE by Maybank2u Yang Anda Kena Tahu

Aplikasi MAE by Maybank2u juga turut mengandungi ciri-ciri yang terdapat dalam Maybank2u membantu pengguna dalam membuat pembayaran bil serta pemindahan dana. Malah dengan penambahan alat baru ia diharap dapat membantu pelanggan mengesan perbelanjaan mereka serta mendorong mereka untuk berjimat.

“Cita-cita kami adalah agar aplikasi MAE by Maybank2u menjadi sahabat kami yang dipercayai pelanggan di samping meningkatkan cara mereka berbelanja dan menyimpan. Pelanggan juga berpeluang mendapat pengalaman dengan menggunakan aplikasi ini.”

MAE by Maybank2u menjadikan urusan pengguna dengan wang yang kadang kala menimbulkan stress bertukar kepada sesuatu yang lebih menyenangkan.

“Kami juga berharap ia dapat membantu mereka mencapai matlamat dan impian mereka, serta membolehkan mereka membuat keputusan kewangan yang baik,”


Maybank muncul sebagai bank Malaysia pertama yang menggunakan e-Know Your Customer (e-KYC) untuk menarik pelanggan ke aplikasi MAE by Maybank2u.

Boleh Tukar Akaun MAE Kepada Patuh Shariah

Akaun MAE boleh bertukar kepada yang patuh syariah. Berikut adalah 4 langkah mudah;

  • Log masuk Maybank2u My App, klik M (bawah kanan)
  • Klik ikon profil (atas kiri)
  • Klik Switch to Shariah-compliant
  • Klik Agree & Confirm

Selesai, Your MAE account will be Shariah-compliant by tomorrow.

Ketahui Caj Yang Dikenakan

Bagi yang tak kisah dikenakan caj sebanyak RM8/tahun okaylah kot. Tapi… buat apa nak bayar RM8 sebab pakai kad debit Maybank yang biasa tu tak ada pun dikenakan caj.

MAE ni merupakan apps yang membolehkan pelanggan mengurus kewangan dengan bertanggungjawab. Ia dilengkapi dengan alat seperti Perbelanjaan untuk bantu pelanggan memahami tabiat perbelanjaan mereka dengan lebih baik. Yang bestnya melalui aplikasi MAE ni pengguna boleh cipta Tabung untuk menyimpan secara konsisten. Ia juga memiliki Roda Makan Mana untuk syor kepada pelanggan Maybank tempat makan best yang mana sambil makan anda boleh nikmati promosi yang ditawarkan. Maybank juga telah memperkenalkan kad Debit MAE Visa serba baru yang melengkapkan dompet MAE. Kad Debit MAE Visa mempunyai kadar pertukaran asing yang kompetitif serta faedah eksklusif untuk dinikmati sama ada di dalam mahupun luar negara.

Namun, ada akaun MAE tak semestinya perlunya ada MAE card. Untuk mereka yang suka melancong ke luar negara atau berbelanja secara online, perlu ada MAE card untuk Better FX rates.

Kehidupan akan menjadi lebih mudah. Uruskan perbelanjaan, simpanan, keinginan dan banyak lagi dengan MAE! Ia juga dilengkapi dengan ciri perbankan Maybank2u kegemaran anda.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang pelaburan.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Kisah Manipulasi Duit Di Malaysia

Previous article

Sejarah Nintendo: Dari Mana Datangnya Nintendo?

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *