BisnesStartup

Pinjam.co Bantu Elak Perniagaan Sewaan Anda Lingkup

0

Pinjam.co ialah produk dibawah Inonity Sdn Bhd yang diasaskan oleh Huzaifah bersama Azim dan Emir. Inonity Sdn Bhd merupakan pemenang kepada program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) yang dianjurkan oleh TERAJU pada 2019, Inonity Sdn Bhd bukan sahaja berjaya mendapat sokongan TERAJU malah mereka turut meraih sokongan penuh daripada MTDC dan MDEC. Inonity Sdn Bhd berkonsepkan digitalisasi untuk membawa Malaysia kearah pemodenan setaraf dengan negara-negara Eropah.

Apa Itu Pinjam.co?

Pinjam.co merupakan software system ‘Online Booking’ secara percuma. Software ini sangat sesuai untuk mereka-mereka di luar sana yang menjalankan perniagaan kereta sewa atau apa-apa jua bisnes yang melibatkan urusan tempah dan sewa. Pinjam.co merupakan platform digital yang diwujudkan bertujuan membantu perniagaan sewaan luar sana yang masih mengamalkan urusan booking secara manual.

Contohnya book through whatsapps. Lepas tu anak sibuk “Papa pinjam handphone nak main game”. Dari main game berjangkit bukak whatsapps. Satu-satu whatsapps klien korang dia tolong reply dalam bahasa yang sukar dimengertikan.

”Encik Bidin, saya Ali. Encik Bidin ada buat sewa kereta kan? Saya nak sewa Perodua Axia 2 hari. Masih available?”

.

Haiisaya Papatido🥳🥰😫😖😜😤🥺🥶🦶🧟‍♂️

Anak Encik Bidin tolong replykan

Lagi sedih dengan selamba dideletenya mesej klien. Kecik hati klien yang buat tempahan. Bertambah-tambah pilu dengan contact number klien sekali dideletenya. Anak zaman sekarang…

In the meantime, kalau korang perasan, kebanyakan perniagaan sewaan (online rental business) di Malaysia masih lagi dilakukan secara manual. Contohnya setiap hujung minggu, budak-budak U akan keluar outing. Kekadang dengan member, kekadang dengan awek. Bila namanya keluar outing bawak awek takkan nak naik grab weyh! Koman-koman kena sewa Lambo sebijik ni😏 barulah awek cair. Biaq pi bukan kereta sendiri pun. Awek level-level kayangan, nak tackle dulu pun bukan senang.

Maka Ali pun mula google kot-kotlah ada mana-mana perniagaan kereta sewa berdekatan dengan U. Tak jumpa Ali cari pulak dekat FB. Scroll punya scroll sampai juling mata Ali. Eh! Tadi tak silap ada nampak bunting tergantung dekat tiang letrik dekat traffic light masjid “LAMBO UNTUK DISEWA”. Aduhhhhh!!!Apesal lah Ali tak ingat nak save nombor orang yang buat sewa kereta tu. Nampak?Tu masalah yang dihadapi dari side Ali. Masalah yang dihadapi dari side orang yang buat bisnes sewa kereta tu lain pulak ceritanya.

Bila pelanggan nak buat tempahan, selalunya mereka akan call atau whatsapps. Lepas tu business owner akan rekodkan setiap tempahan pelanggan dalam diari takpun buku atau excel. Tu jenis yang sistematik. Cuba bayang jenis yang tak berapa nak sistematik ni. Asal boleh calit je dekat memana yang dapat. Alih-alih anak bawak main kertas yang korang calit tadi tu, buat sampan buat jet dah terbang ke kampung seberang. So chances untuk terlepas peluang perniagaan atau tempahan hilang entah ke mana sangat tinggi! Memang masalah besar.

Kami telah menemu ramah beberapa perniagaan sewaan di Malaysia, 7 daripada 10 antara mereka mengalami kes tempahan bertindih. Hal ini bukan sahaja mendatangkan kerugian, malah menghilangkan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan tersebut

Huzaifah, pengasas Pinjam.co

Lepas tu pulak kebanyakan perniagaan sewaan membuat bayaran secara tunai ataupun perbankan atas talian seperti Maybank2u, CIMBClicks, BankIslamGo dan banyak lagi. Maka wujudnya kecelaruan dalam pengurusan kewangan mereka kerana mereka masih amalkan budaya kerja manual seperti catat kewangan perniagaan dalam buku atau excel. Sekali lagi buku dan excel dipersalahkan. Bukan kata tak bagus. Cumanya zaman semakin moden. Gerak kerja pun harus dipermodenkan agar selari dengan peredaran zaman. Kita duduk tahun 2021 bukan 2001. Aaaa betul tak?

La ni tak payah nak pening-pening kepala, Pinjam.co adalah pilihan tepat untuk perniagaan sewaan luar sana.

Apa Yang Best Pasal Pinjam.co?

1. Pengurusan Produk

Dengan Pinjam.co, perniagaan sewaan boleh uruskan sendiri produk mereka di aplikasi ‘Pinjam for Business’. Perniagaan sewaan boleh tetapkan harga sewaan dan deposit, gambar serta keterangan mengenai produk mereka.

2. Laman Digital

Setiap perniagaan sewaan yang menggunakan sistem Pinjam.co akan dapat laman digital tersendiri. Di laman digital tersebut akan terpapar semua produk yang disenaraikan oleh perniagaan mereka berserta gambar, penerangan dan harga produk tersebut. Sistem Pinjam.co mempunyai ‘Add to Cart’, ‘Checkout’, dan ‘Payment gateway’ bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan dan pembayaran secara atas talian.

3. Sistem Tempahan Dalam Talian

Pinjam.co mengamalkan sistem di mana sekiranya pelanggan telah membuat tempahan pada tarikh tertentu, sistem Pinjam.co akan sekat tempahan lain yang dibuat oleh pelanggan lain pada hari yang sama. So tak adalah mereka yang menjalankan perniagaan sewaan tadi berdepan masalah tempahan redundant.

4. Pembayaran Selamat

Mereka yang menjalankan perniagaan sewaan juga tak perlu lagi bagi maklumat bank setiap kali pelanggan nak buat pembayaran ke atas tempahan yang dibuat. Ini kerana pelanggan boleh membuat pembayaran secara atas talian di laman digital perniagaan sewaan. Malah, proses pembayaran lebih selamat dengan FPX (Financial Process Exchange) & collect security deposit.

5. Aplikasi Telefon Pintar

Perniagaan kereta sewa dan lain-lain hanya perlu muat turun aplikasi ‘Pinjam for Business’ di Google Play Store untuk pengguna Android atau App Store untuk pengguna iOS sebagai medium untuk menguruskan tempahan, senarai produk, pembayaran, tetapan kedai atas talian dan banyak lagi.

6. Analisis Perniagaan

Perniagaan sewaan juga boleh dapatkan maklumat dan prestasi tempahan mereka. Menerusi maklumat ini, mereka mampu memperbaiki atau mempertimbangkan strategi bisnes baru seterusnya memajukan perniagaan mereka.

Klik di sini Pinjam.co untuk tahu maklumat lebih lanjut.

Sila baca juga artikel kami yang lain berkaitan Bisnes.

Hibah Takaful Antara Alternatif Bantu Elak Perebutan Harta Pusaka

Previous article

Ini 10 Amalan Sunat Yang Anda Boleh Lakukan Ketika Ramadhan

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Bisnes