fbpx
PelaburanPerlindunganUnit Trust

Rahsia Teknik Melabur Guna KWSP Akaun 1

0

Siapa je tak nak duit lebih, semua orang nak. Nak duit lebih kenalah melabur. Nak labur dalam saham perlu duit banyak,  bila kena guna duit simpanan, ramai angkat tangan sebab tak banyak mana dalam simpanan.

Hari ni TF nak share satu cara untuk melabur tanpa perlu guna duit simpanan yang ada dalam bank. Malah mungkin jumlah pelaburan ini lebih banyak dari jumlah duit simpanan kita dalam bank.

Saya dah lama nak melabur tapi saya takde cash, boleh tak saya nak guna duit kwsp saya?

  1. Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 (Sebelum ini tidak melebihi 20%)
  2. Pelaburan mesti dibuat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
  3. Jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  4. Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal dan tidak berubah
  5. Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya.

Berapa banyak duit kwsp yang saya boleh laburkan?

Sebenarnya tak semua orang layak untuk labur guna akaun KWSP ni. Ada kiraan dia. Kalau nak tahu sama ada kita layak untuk melabur wang KWSP ini atau tak, di bawah ni adalah kaedah kiraannya:

(Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

Berapa simpanan asas saya?

Mari TF berikan contoh:

Contoh: Daniel sekarang berumur 20 tahun

Beliau ada RM 8,000 dalam Akaun 1 KWSP.

Kalau rujuk pada jadual di atas, Jumlah Simpanan Asas yang dia perlu ada dalam akaun adalah RM 5,000.

Jadi, kalau kita gunakan formula tadi:

(Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

(RM 8,000 – RM5,000) x 30% = RM900

Jadi dia TIDAK LAYAK untuk melabur dalam Unit Trust contohnya guna KWSP akaun 1. Kenapa? Sebab syarat minimum untuk pelaburan adalah RM1,000. Tetapi dia masih boleh melabur melalui cash setiap bulan ataupun pelaburan secara sekaligus.

Bila melabur dalam unit trust ni, ada dua benda yang kita dapat. Pertama Dividen dan yang kedua adalah Capital Gains ( kenaikan harga unit ). Kelebihan Unit Trust ni terletak pada harga unit yang tak tetap dan sentiasa turun naik. Jadi bila berlakunya kenaikan harga ia akan beri keuntungan kepada pelabur-pelabur. So labur bila harga rendah dan dapatkan keuntungan bila harga meningkat.

Ringgit Cost Averaging/ Dollar Cost Averaging

  • Ia merupakan strategi dalam memaksimakan keuntungan Pelaburan Unit Trust
  • Secara amnya, kita melabur setiap bulan dan menambah pelaburan ketika harga murah.
  • Secara purata, harga unit yang dibeli akan menjadi lebih rendah dan menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Apa yang bestnya Unit Trust ni?

Yang bestnya unit trust ni dikendalikan oleh orang-orang yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ekonomi, kewangan dan pelaburan. So kita perlu yakin dengan kepakaran mereka untuk bantu kita invest duit modal kita. Biasanya Unit Trust melabur dalam pelbagai saham syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Beberapa sektor atau segmen portfolio yang terlibat adalah seperti construction, health care, oil & gas, telecommunication, consumer products dan sebagainya mengikut dana yang dipilih.

Kesimpulannya

Walaupun tiada pelaburan lain sama seperti ASB yang mana modal masih boleh maintain walaupun berlaku kerugian, tapi apa yang kita boleh dapat dengan melabur dalam unit trust ni adalah keuntungan yang lebih tinggi. Standard lar, setiap pelaburan pasti akan ada kerugian tapi melalui Unit Trust jika ada antara saham syarikat yang dilaburkan itu rugi, kesannya dapat diperlahankan jika saham syarikat lain memberi keuntungan.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Bagaimana budak perempuan ini menjadi CEO pada usia 13 tahun?

Previous article

Medical Card Protection Sikit – Tukar, Upgrade atau Tambah Plan?

Next article

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sponsor
Login/Sign up