Medical CardPerlindungan

Ramai Wanita Tak Sedar Mereka Mempunyai Fibroid Rahim / Uterine Fibroid

0

Kebanyakan wanita tak sedar Yang mereka mempunyai fibroid rahim atau kita panggil sebagai uterine fibroid sehinggalah fibroid membesar serta memberi kesan pada berat badan, hinggakan kadang kala susuk tubuhnya seolah-olah wanita mengandung.

Fibroid berukuran dari anak benih, sehinggakan tak dapat dikesan oleh mata manusia. Ia boleh membesar serta mampu putar belit dan besarkan rahim. Fibroid boleh ada satu atau banyak-banyak sekaligus dalam rahim. Pernah ada kes sampai fibroid-fibroid tersebut mengembangkan rahim dan mencapai tulang rusuk serta membuatkan berat badan seseorang bertambah.

Teringat satu kes klien TF yang menghidap uterine fibroid. Pada awalnya beliau tak sedar kehadiran fibroid tersebut sehinggalah beliau pergi berurut. Tukang urut merasakan satu ketulan aneh dibahagian dalam perut beliau. Risau takut ia benda yang memudaratkan, beliau terus merujuk kes tersebut ke Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di sebuah hospital swasta di Melaka. Pemeriksaan dijalankan dan beliau disahkan menghidap Leiomyoma/Fibroid/Fibromyoma-Uterus Benign.

Antara Simptom – Simptom Dihadapi

Sebilangan besar wanita mempunyai fibroid rahim. Namun ada juga yang tak sedar mereka mempunyai fibroid rahim sebab fibroid rahim ini tak menunjukkan apa-apa gejala. Malah kebanyakan mereka menyedari ada fibroid rahim setelah menjalani pemeriksaan pelvis atau ultrasound pranatal dengan doktor.

Untuk mereka yang berhadapan dengan fibroid rahim ini gejala-gejalanya dipengaruhi oleh lokasi, ukuran dan jumlah fibroid. Wanita yang bergejala biasanya mengalami;

  • Pendarahan haid yang agak teruk
  • Tempoh haid berlangsung lebih dari seminggu
  • Tekanan atau sakit di bahagian pelvis
  • Kerap buang air kecil
  • Sukar kosongkan pundi kencing
  • Sembelit
  • Sakit belakang atau sakit kaki

Fibroid boleh jadi accute bila ia melebihi bekalan darahnya, dan kemudian ia mulai mati. Tapi jaranglah sebenarnya. Secara umum, fibroid dikelaskan berdasarkan lokasi. Kalau Fibroid intramural ia tumbuh dalam otot dinding rahim. Fibroid submucosal pulak melonjak ke rongga rahim. Sementara fibroid subserosal ke bahagian luar rahim.

Punca Terjadinya Uterine Fibroid / Fibroid Rahim

Ramai doktor tak jumpa punca kepada penyebab terjadinya fibroid rahim ni namun beberapa penyelidikan serta clinical experience menunjukkan antara faktor yang menyumbang kepada pembentukan fibroid rahim adalah;

  • Genetik – Banyak fibroid mengalami perubahan dalam gen berbeza dengan sel otot rahim yang normal.
  • Hormon – Hormon estrogen dan progesteron merangsang pengembangan lapisan rahim pada setiap kitaran haid sebagai persiapan untuk kehamilan lalu menjurus ke arah pertumbuhan fibroid. Fibroid mengandungi lebih banyak reseptor estrogen dan progesteron daripada sel otot rahim yang normal. Fibroid cenderung menyusut selepas menopaus kerana penurunan pengeluaran hormon.
  • Faktor pertumbuhan lain – Bahan yang membantu tubuh mengekalkan tisu, seperti faktor pertumbuhan seperti insulin, boleh mempengaruhi pertumbuhan fibroid.
  • Matriks ekstraselular (ECM) – Bahan yang membuat sel melekat bersama, seperti mortar antara batu bata. ECM meningkat dalam fibroid dan menjadikannya berserat. ECM juga menyimpan faktor pertumbuhan dan menyebabkan perubahan biologi pada sel itu sendiri.

Kebanyakan doktor percaya bahawa fibroid rahim berkembang dari sel induk pada tisu otot rahim halus (myometrium). Sel tunggal membelah berulang kali yang akhirnya menghasilkan firm, rubbery mass yang berbeza daripada tisu berdekatan.

Corak pertumbuhan fibroid rahim berbeza-beza. Ada yang tumbuh perlahan ada yang cepat. Sebilangan fibroid mengalami lonjakan pertumbuhan tapi ada juga yang menyusut sendiri. Banyak fibroid yang wujud semasa kehamilan menyusut atau hilang setelah bersalin, kerana rahim kembali ke ukuran normal.

Adakah Fibroid Mengganggu Kehamilan?

Kebiasaannya fibroid tak ganggu kehamilan. Walau bagaimanapun, fibroid submucosal berkemungkinan menyebabkan kemandulan atau kehilangan kehamilan. Fibroid juga boleh meningkatkan risiko komplikasi kehamilan tertentu seperti gangguan plasenta, sekatan pertumbuhan janin dan kelahiran prematur.

Berapakah Jumlah Bil Pembedahan Untuk Membuang Fibroid Rahim / Uterine Fibroid?

Beberapa pemeriksaan dijalankan dan klien TF akhirnya dibedah. Sebanyak 7 ketul fibroid sebesar kepala bayi berjaya dikeluarkan daripada rahim beliau. Satu kelegaan yang amat besar kerana beliau sempat membuat perlindungan takaful setahun sebelum beliau disahkan menghidap uterine fibroid. Dengan adanya medical card segala kos kemasukan ke hospital dan pembedahan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans.

Kos pembedahan bagi membuang uterine fibroid sahaja menelan belanja sebanyak RM12000 ++. So cuba korang bayang dalam tempoh setahun tu beliau bayar tak sampai RM 3000 tapi dengan adanya perlindungan takaful bil hospital beliau yang mencecah sehingga RM12000 ++ itu ditanggung sepenuhnya oleh Prudential iaitu syarikat insurans beliau. Mesti korang pernah dengar pepatah ni, sediakan payung sebelum hujan. Tapi pernah tak korang dengar dah hujan baru sibuk nak carik payung? Whatever it is kalau tak nak basah di sini TF sediakan link untuk dapatkan quotation secara percuma. Feel free to click.



Sila baca juga artikel kami yang lain tentang perlindungan.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

3 Cara Jana Pendapatan Yang Ramai Orang Tak Sedar

Previous article

4 Company Startup Yang Hanya Bermula Dari Garaj

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Medical Card