Pelaburan

Ramai Yang Keliru Dengan Dua Jenis Pelaburan Hartanah Ini AHB & AHP

0

Pelaburan hartanah. Wow!!! Tiba-tiba rasa kaya pulak bila bercakap pasal topik hartanah semua ni. TF percaya ramai orang luar sana yang pernah buat pelaburan. Tapi korang tahu tak apa maksudnya pelaburan ni? Bukan sumbat bebanyak makanan dalam perut sampai tepu lepas tu pergi toilet dengan harapan I nak melabur la yang…bukannn, bukan yang tu. Tu namanya melabur yang tak bawak untung tapi of course la lega lepas tu.

Pelaburan membawa maksud meletakkan sejumlah wang sebagai modal untuk sesuatu usaha bertujuan memperoleh keuntungan berlipat ganda.

Dekat Malaysia ni banyak je jenis-jenis pelaburan yang menjadi pilihan ramai. Macam pelaburan saham amanah (unit trust), pelaburan emas atau perak, pelaburan tabung haji, pelaburan saham, pelaburan dengan produk PNB macam ASB atau AHP ( Amanah Hartanah PNB ) juga pelaburan dengan produk PHB seperti AHB ( Amanah Hartanah Bumiputera ). Dekat Malaysia juga ada beberapa pelaburan yang sah jadi pilihan ramai.

Aiiiii…mana ada pelaburan yang tak ada risiko. Semua pelaburan ada risikonya. Tapi nak ceritanya dekat sini pelaburan dalam bidang hartanah adalah pelaburan paling menguntungkan, memiliki risiko yang rendah, tapi modal je lah besar sikit. Contohnya macam proses jual beli atau sewa tanah, rumah kediaman, lot kedai, kilang, homestay atau resort adalah antara benda- benda yang terlibat dalam pelaburan hartanah.

Melabur dalam bidang hartanah antara pilihan terbaik sebab secara tak langsung boleh beri pendapatan pasif pada individu, dapat beli aset lain, nilai fizikal aset meningkat, tak ada susut nilai juga salah satu bentuk pelaburan yang sangat mudah.

Apa itu Pelaburan Hartanah Berhad (PHB)?

Pelaburan Hartanah Berhad ( PHB ) adalah syarikat pemegang pelaburan harta tanah, yang juga merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera ( YAHB ). Ia ditubuhkan pada 8 Mei 2006 dengan tujuan untuk meningkatkan pemilikan Bumiputera terhadap harta tanah komersial utama di Malaysia.

Produk Pelaburan PHB – AHB (Amanah Hartanah Bumiputera)

AHB mempunyai ukuran dana awal 1 billion unit tersedia untuk dilanggani pelabur bumiputera dengan harga RM 1.00 seunit di kesemua cawangan Maybank dan AmBank. Dana ini disokong oleh 19 hartanah komersial yang dah disewa dan pemegang unit berpeliang menikmati aliran pendapatan sewa yang berterusan. Pada tahun 2017, saiz dana meningkat sampat 4 billion unit! AHB ditaja oleh PHB serta diuruskan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Sementara pemegang dana tersebut adalah AmanahRaya Trustees Berhad.

Dana tersebut adalah dana unit amanah patuh syariah. AHB melabur terutamanya dalam pemunyaan benefisial hartanah komersial di lokasi-lokasi utama Malaysia. Ia juga memberikan aliran pendapatan yang tetap dan konsisten kepada pelabur Bumiputera disamping mengekalkan modal pelaburan pelabur-pelabur. Dana ini boleh dilanggan oleh pelabur Bumiputera menerusi pengedar yang sah di Malaysia.

Kelebihan Melabur Di AHB?

  • Pelaburan disokong oleh harta tanah komersial di lokasi utama di Malaysia
  • AHB merupakan skim pelaburan yang diperakui patuh syariah.
  • Dana diuruskan oleh pengurus dana professional serta mempunyai pengalaman
  • Berpatutan sebab pelaburan awal kecil
  • Hak dan minat kita dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah untuk Dana
  • Pelaburan jangka panjang berserta pulangan yang memiliki potensi yang sangat kompetitif
  • Rangkaian cawangan Maybank dan Ambank yang luas di Malaysia

Apa itu Permodalan Nasional Berhad (PNB) ?

Seterusnya kita masuk pula pasal Permodalan Nasional Berhad ( PNB ). PNB ni ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara. PNB juga berkembang menjadi syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia sepanjang 4 dekad lalu.

Beroperasi sebagai syarikat pengurusan pelaburan, syarikat ini menawarkan pengurusan aset, strategi pelaburan serta khidmat nasihat.

Produk Pelaburan PNB – AHP (Amanah Harta Tanah PNB)

Amanah Harta Tanah PNB ( AHP ) adalah amanah pelaburan harta tanah yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Harga seunit AHP tertakluk kepada kekuatan pasaran. Jumlah pulangan yang merangkumi keuntungan modal dan pengagihan pendapatan jika ada dan harga seunit boleh turun atau naik.

So kedua-dua dana ni tadi AHB dan AHP kita classifykan sebagai REIT. Maka timbulnya soalan, pekejadahnya REIT ni?

Real Estate Investment Trust ( REIT )

Okay cerita dia macam ni, REIT bahasa panjang dia Real Estate Investment Trust. REIT diperkenalkan supaya pelabur boleh melabur dalam stok harta tanah dan / atau harta benda fizikal untuk mendapat pendedahan di sektor harta tanah.

Pelabur mempunyai pilihan untuk melabur dalam REIT dengan hanya membayar sebahagian kecil daripada harga harta tanah. Dengan kata lain, REIT menyediakan cara untuk melabur dalam harta tanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu beli harta tanah secara langsung. REIT biasanya menawarkan aliran pendapatan yang stabil dan hasil pengagihan yang menarik.

So, Apa Kelebihan AHB dan AHP?

Kedua-dua bentuk pelaburan ini tak mudah cair, beza dengan ASB. Kalau melabur dalam ASB boleh invest bila-bila masa je asalkan tak lebih dari had yang dibenarkan ke atas setiap individu.

Kelebihan AHB dan AHP ni pulak kalau kita nak beli unit boleh sekiranya ada individu yang nak jual. Tapi kebanyakannya tak nak jual sebab kadar dividen tinggi.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang pelaburan

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Pengurusan Harta Pusaka. Siapa Yang Tanggung Kos?

Previous article

5 Cara Bagaimana Nak Jana Pendapatan Melalui Apps

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *