Bisnes

Ini Kisah Sebenar Minuman Tenaga Paling Top REDBULL Anda Patut Tahu

0

Red Bull adalah sejenis minuman tenaga yang yang dikeluarkan oleh Red Bull GmbH iaitu sebuah syarikat Austria pada tahun 1987. Bayangkanlah Red Bull berjaya menembusi pasaran tertinggi berbanding minuman-minuman tenaga lain di dunia dengan penjualan sebanyak 6,302 tin setahun!

Red Bull ni asalnya daripada sejenis minuman tenaga yang dipanggil sebagai Krating Daeng. Apa kejadahnya Krating Daeng ni? Haa…mesti korang tak tahu kan sebelum jadi Red Bull nama asalnya adalah Krating Daeng. Dan yang lagi best minuman ini berasal dari Thailand!

Minuman tenaga ini pertama kali diperkenalkan dan dijual di Thailand oleh Chaleo Yoovidhya. Chaleo Yoovidhya ni seorang jurujual dan ahli farmasi. Beliau mencipta minuman Krating Daeng ini khas untuk penduduk Thailand yang rutin kerja mereka pakai tenaga hardcore punya macam petani, buruh kasar dan sebagainya tu lah. Kalau penyanyi dangdut rasanya bukan minuman serupa ini yang mereka perlukan. Mungkin air lemon campur madu dah mencukupi. Awww! So target market dia time tu memang pekerja kelas bawahan lah.

Memandangkan time tu minuman tenaga yang popular di Thailand adalah Livita yang berasal dari Jepun, maka timbullah isu penduduk Thailand kelas bawahan ni tak mampu nak beli sebab harga Livita sangat mahal. Dah lah tak mampu nak beli, yang lagi kesian mereka hanya memandang orang-orang berpendapatan tinggi je yang minum energy drink itu tadi.

Dan kalau korang perasan, jika mereka yang kelas bawahan ni tak ada mana mampu kita yang berada di atas ni kekal di atas. Ewahhh! Berfalsafah pulakkk… Okay… contohnyalah buruh kasar. Kalau tak ada mereka korang ingat rumah, bangunan boleh siap?? Kalau bangunan tak siap ko ingat pemilik bangunan boleh nak tepek signboard for rent for sale? Makanya Chaleo Yoovidhya melihat isu ini sebagai peluang untuk dia buat fulus dengan mencipta minuman tenaga lebih murah yang dinamakan Krating Daeng. Krating Daeng membantu golongan bawahan ini kekal bertenaga sepanjang masa.

Pada mulanya minuman tenaga ini dijual di kawasan pedalaman Thailand yang kebanyakannya dihuni oleh golongan berpendapatan rendah. Lepas tu nak kasi up sikit brand Krating Daeng ni Chaleo Yoovidhya pun tajalah aktiviti sukan paling popular di Thailand iaitu Muay Thai. Paling amazing tahun 1980, Krating Daeng berjaya menguasai pasaran di Thailand!

Krating bermaksud gaur atau bison India yang merupakan spesis lembu besar baka asli liar di Asia Selatan sementara Daeng pula membawa maksud merah. Ate idok ler best nak menyebut Krating Daeng dekat kaunter 7e setiap kali nak beli minuman tenaga serupa gini. Kalau di translatekan Krating Daeng ke dalam bahasa inggeris maka terhasillah sebuah jenama minuman tenaga paling gempak sekali iaitu Red Bull! Haaa…barulah tak berpintal lidah nak menyebut.

Lepas tu nak jadi cerita pulak, seorang usahawan dari Austria iaitu Dietrich Mateschitz telah pergi ke Thailand atas urusan peribadi. Disebabkan perjalanan yang jauh maka Dietrich Mateschitz alami jetlag. Letih lesu boleh kata semua bendalah! Beliau kemudiannya pergi kedai untuk beli minuman tenaga jenama Krating Daeng tadi dan mendapati minuman ajaib itu berjaya menghilangkan keletihan dan kelesuan yang dialami. This is miracle!

Beliau yang berkerja sebagai jurujual disebuah syarikat ubat gigi di Jerman menganggap ini sebagai satu peluang keemasan yang boleh buat fulus berbillion-billion! Beliau kemudian berjumpa dengan Chaleo Yoovidhya dan menyuarakan hasrat untuk bawa masuk minuman tersebut ke negaranya untuk dijual. Perjanjian termeterai! Chaleo Yoovidhya pegang saham sebanyak (51%), sementara Dietrich Mateschitz pula sebanyak (49%) yang akhirnya membawa kepada penubuhan syarikat Red Bull GmbH pada tahun 1987 di Chakkapong, Thailand.

Menggunakan formula asal Krating Daeng, ia kemudian di rebranding menjadi Red Bull dan diubah suai bahan-bahan dalamnya serta menambah rasa berkarbonat supaya kena dengan tekak orang-orang di negara barat. Malah, Dietrich Mateschitz turut menggunakan kaedah berbeza untuk memasarkan minuman Red Bull ini. Kalau di Thailand target market adalah pekerja kelas bawahan namun di negara beliau penjualan minuman tenaga ini mensasarkan golongan muda yang gemar berkunjung ke kelab-kelab malam.

Minuman tersebut berjaya menambat tekak pembeli sehinggakan jualannya meningkat dari tahun ke tahun. Dengan rasanya yang unik, strategi pemasarannya juga dilihat amat berkesan. Bayangkan mereka menghabiskan berbillion dolar setiap tahun menaja kebanyakan aktiviti sukan lasak seperti Formula 1 dan sebagainya. Red Bull juga turut memiliki beberapa kelab bola sepak! Maka tidak hairanlah dengan strategi pemasaran yang luas Red Bull berjaya menguasai pasaran minuman tenaga dunia!

Sila baca juga artikel kami yang lain berkaitan bisnes.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Budak 11 Tahun Dari Peru Miliki Sebuah Bank

Previous article

4 Anak Muda Melayu Dari Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Bisnes