Jom Travel

Sejarah Nasi Dagang Terengganu Yang Ramai Orang Tak Tahu

0

Kalau pergi Terengganu tak sah kalau tak pekena Nasi Dagang Terengganu. Nasi dagang di sini tak sama dengan nasi dagang negeri lain. Nasi yang disajikan bersama kuah ikan aya a.k.a ikan tongkol tersangatlah sedap sampai boleh menjilat jarilah orang kata. Tapi adakah dengan sekadar menjilat jari dan mengeluarkan sendawa yang sangat besar itu sudah cukup bagi anda tanpa menyingkap asal usul sebenar dari mana datangnya nasi dagang ni.

Nasi Dagang Terengganu Asalnya Dari Bugis?

Menurut kajian lapangan yang dijalankan oleh peminat tegar nasi dagang Terengganu ini, mereka dikatakan bertemu dengan seorang tua untuk bertanyakan perihal nasi dagang yang menjadi ikon sajian negeri Terengganu. Namun penceritaan dari orang tua tersebut amat mengejutkan ramai pihak apabila diberitahu bahawa nasi dagang ini pada asalnya bukan dibuat oleh orang tempatan Terengganu! Namun sebaliknya ia dibuat oleh orang Bugis yang datang berdagang di negeri pesisir air ini! Really? Okay, dalam bahasa layman nya orang Bugis ni tak sengaja terbuat nasi dagang sedangkan plan asal nak masak benda lain. Haa…gitu ceritanya.

Sejarah Nasi Dagang Terengganu Yang Ramai Orang Tak Tahu

Peristiwa ini berlaku apabila rakyat Terengganu tengah sakan buat persediaan bagi menyambut perayaan Aidilfitri. Dah menjadi kebiasaan rakyat untuk persembahkan sajian hidangan masing-masing kepada istana manakala sebahagian lainnya pula dijamu kepada rakyat jelata di perkarangan masjid sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri. Kalau konsep dulu-dulu sekampung ramai-ramai bawak makanan pada pagi syawal. Kemudian makanan tersebut dikumpul dan masing-masing saling berjamu. Tapi sekarang orang clasify sebagai potluck lah senang cerita.

Sejarah Nasi Dagang Terengganu Yang Ramai Orang Tak Tahu

Menurut ceritanya lagi, semasa sambutan Aidilfitri dipercayai orang-orang Bugis yang datang berdagang di Terengganu ketika itu masih lagi berada di negeri tersebut. So, mereka pun plan nak sediakan juadah istimewa mereka untuk dipersembahkan kepada Sultan Terengganu. Yang pasti bukan Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ye sebab beliau belum memerintah Terengganu lagi waktu tu. Silap-silap belum lahir pun lagi. Cerita lama dah ni.

Makanya orang-orang Bugis ni pun bersepakatlah untuk sediakan makanan Bugis secara gotong-royong. Sebab nakkan taste of the food itu power, so mereka decide untuk sediakan makanan tersebut last minute supaya makanan itu tak basi atau rosak. Seperti yang dikhabarkan juga, juadah yang mereka nak hidangkan tu ambil masa lebih kurang sehari untuk disiapkan.

Dua hari sebelum menjelang AidilFitri, orang-orang Bugis pun duk kalutlah sediakan bahan-bahan untuk hasilkan juadah istimewa mereka bagi dipersembahkan kepada Sultan. Antara bahan-bahan yang digunakan seperti beras, kelapa dan sebagainya termasuklah daun pisang yang boleh tahan banyak. Mereka bercadang nak sediakan Burasak iaitu sejenis ketupat yang dibalut dengan daun pisang dan kemudiannya dihidangkan bersama gulai ikan aya. Mereka juga turut menyediakan lepat dengan step yang sama.

Sejarah Nasi Dagang Terengganu Yang Ramai Orang Tak Tahu

Namun kuasa Allah SWT, siapa sangka bolehkan petang tu anak bulan main cak-cak so syawal pun diisytiharkan jatuh keesokan harinya. Maka orang-orang bugis ni tadi pun duk pakat cemas berjemaah bila terima berita tersebut. So, mereka adakan meeting tergempar dan hasil dari meeting tersebut mereka tetap akan teruskan usaha untuk siapkan burasak malam tu jugak. Paling tak banyak pun sikit harus disiapkan untuk dipersembahkan kepada Sultan. Tambah tolak paling lewat sebelum solat sunat AidilFitri.

Disebabkan masing-masing tengah kelam kabut sangat time tu, waktu tengah cuci beras untuk sediakan burasak, dengan tak sengaja mereka tercampurkan beras pulut yang nak digunakan untuk buat lepat tadi. Disebabkan kekhilafan tadi, nak cover line punya pasal ada yang suggest suruh rebus. Cepat sikit katanya. Ada pulak suggest suruh kukus dulu sebelum campur dengan santan yang dah dimasak. Dalam kekalutan yang timbul, maka mereka akhirnya bersepakat untuk mengukus nasi yang dah bercampur dengan beras pulut tadi.

Sejarah Nasi Dagang Terengganu Yang Ramai Orang Tak Tahu

Lepas maghrib, mereka pun tergesa-gesa kukus burasak tadi. Cerita yang mengatakan orang-orang Bugis akan menyediakan juadah istimewa mereka dengan cepat sampai ke pengetahuan Sultan Terengganu. Sultan amat tertarik dengan perkhabaran tersebut lalu mengajak beberapa orang pembesar istana pergi melawat orang-orang Bugis yang sedang memasak makanan tersebut.

Memandangkan waktu tu bukan musim ikan parang, makanya burasak tadi akan dihidang bersama gulai ikan aya (ikan tongkol). Ikan aya pulak perlu dimasak lama sampai tulangnya lembut. Dalam kekalutan nak prepare makanan tersebut, orang-orang Bugis tak sedar yang Sultan dah pun on the way ke penempatan mereka. Yang lagi trouble penempatan mereka tak jauh dari istana. Trouble berganda!

Sejarah Nasi Dagang Terengganu Yang Ramai Orang Tak Tahu

Tengah duk kelam kabut kukus nasi malam tu, sukatan santan yang dicampur ke dalam beras dah terlebih daripada biasa. Oh no! Dalam memasing pakat panik, tiba-tiba ding dong! Bukak pintu, nampak muka Sultan dan beberapa pembesar negeri tengah tersengih depan pintu rumah mereka. Oh my god! Waktu tu nasi dah pun diletakkan ke dalam bekas, dicampur dengan santan dan digaul dalam keadaan berwap(berasap). Perlu tunggu beberapa minit je lagi untuk sejuk sedikit sebelum dibungkus.

Lalu bertanyalah seorang pembesar istana kepada orang Bugis itu,

“Makanan apa yang kamu tengah buat?” tanya Sultan

.

“Buat burasak”. Jawab orang bugis ini tadi.

Pertanyaan terhenti di situ kerana pembesar menyangka orang Bugis tu berkata nasi itu masih “berasap”. Nampak tak miscommunication dekat situ. Zaman dulu pun dah ada miscommunication, zaman sekarang lagilah! Dapat call

Abang nak jumpa client dekat Thailand.

.

Apa??!!! Abang nak kahwin lain dekat Thailand?! B#*%!

Bini faham lain.

Haruuu…

Sejarah Nasi Dagang Terengganu Yang Ramai Orang Tak Tahu

Tapi disebabkan bau harum santan dan nasi yang diwap serta dikukus bersama daun pisang tadi menusuk sampai ke lubang hidung Sultan, maka secara tak sengaja ia telah membuka selera Sultan. Perut berkeriuk mengeluarkan alunan lagu dendang perantau. Dengan tiba-tiba Sultan bertitah,

Beta ingin merasa sedikit juadah yang orang-orang kamu sediakan

Maka, nasi yang bercampur santan itu dipersembahkan kepada Sultan untuk santapan. Keadaan sunyi sepi. Dan mungkin juga ada antara orang Bugis tu pengsan kena heart attack. Okay tu cerita bohong! Semua mata tertumpu ke arah Sultan time tu. Dup Dap Dup Dap! Ewah macam lagu Ayda Jebat pulak!

Tiba-tiba Sultan tersenyum dan bertitah;

Beta mahu, NASI ORANG DAGANG ini dipersembahkan kepada Beta untuk santapan pagi esok

Wow!! What a surprise! So dekat sinilah bermula dan terciptanya perkataan Nasi Dagang. Orang-orang Bugis tak terkata apa, terus angguk tak pula mencelah. Ibarat ada fiesta dalam hati. Hajat orang-orang Bugis nak sediakan burasak untuk dipersembahkan kepada Sultan tak kesampaian sebab lain pula jadinya. Kekallah ia menjadi rahsia walaupun dah tak rahsia mana pun sekarang.

Disebabkan Sultan amat gemar dengan hidangan NASI ORANG DAGANG itu, maka mereka bersepakat untuk rahsiakan perkara tersebut daripada sampai ke pengetahuan Sultan. Manalah tahu nanti Sultan murka santap hidangan yang belum siap sepenuhnya. Dah tak pasal-pasal kene campak ke dungeon! Untuk mengelakkan rahsia tersebut terbongkar dan demi menjaga nama baik Sultan, mereka sepakat untuk tak lagi buat burasak.

Selepas kejadian tersebut, hasrat orang-orang Bugis nak makan burasak pun terkubur. Tapi mana yang kempunan nak makan burasak time raya, mereka decide untuk makan je ketupat atau nasi himpit bersama gulai ikan aya yang dah dimasak tu.

Kelazatan nasi orang dagang tersebar luas. Ramai yang ingin merasai keenakannya. Akhirnya nasi dagang dipersembahkan sebagai makanan tradisional orang-orang Terengganu terutama sekali ketika menjelang perayaan Aidilfitri. Rasanya juga ditambah baik mengikut peredaran masa.

Untuk elak percakapan yang ada perkataan burasak heboh, ia diubah kepada perkataan ‘berasap’, dengan digabungkan ‘pengayuh’(disebut; ‘pe-nga-nyuh’ iaitu pendayung bagi merujuk pekerjaan orang Bugis iaitu nelayan;  `pe-nga-nyuh basah dapur berasap’.  Yang membawa maksud ‘Bila bekerja barulah mendapat hasilnya’.

Sehingga ke hari ini, resepi burasak yang tersembunyi dalam penghasilan nasi dagang kekal menjadi rahsia dan tak pula diketahui ramai orang. Tapi bila dah tahu kisah di sebalik nasi dagang ni, rasanya anda boleh bezakan sendiri orang Terengganu berketurunan Bugis dengan orang Terengganu asli. Tengok je cara mereka makan kuah ikan aya. Kalau ada yang makan dengan nasi himpit atau ketupat, memang sah! Tu orang Terengganu kacuk Bugis.

So, lepas dah baca entri ni tetiba terasa nak makan nasi dagang dekat sini TF senaraikan link tempat yang korang boleh try. Nasi dagang dia memang sedap!

  1. Nasi Dagang Atas Tol
  2. Kak Pah Nasi Dagang, Batu Burok
  3. Nasi Dagang Mak Ngah, Chendering
  4. Nasi Dagang Warisan Batu Buruk

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang Jom Travel.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Burger Big Mac Diguna Sebagai Indikator Ekonomi?

Previous article

Ini Beza Pelaburan Private Mandate & Unit Trust Yang Ramai Orang Tertanya-tanya

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *