Inspirasi

Sejarah Nintendo: Dari Mana Datangnya Nintendo?

0

Pernahkah anda terbaca di mana-mana halaman tentang sejarah Nintendo atau dari mana datangnya Nintendo ni? Ia bermula di sebuah jalan yang kecil dan sempit di kota Jepun kuno, Kyoto yang mana seorang ahli perniagaan dan ‘crafter’ Fusajiro Yamauchi sedang sibuk design kad permainan berwarna-warni di ibu pejabat barunya.

Kad tersebut dikenali sebagai Hanafuda. Ia adalah buatan tangan dan dihias dengan begitu indah. Hanafuda begitu popular sampaikan tak lama lepas tu Mr Yamauchi terpaksa merekrut kakitangan baru untuk membantunya menyiapkan kad-kad tersebut.

Cumanya yang tak diketahui oleh Yamauchi ketika itu adalah kedai kadnya, yang dilancarkan pada 23 September 1889 di bekas Imperial Capital Jepun, suatu hari akan berkembang menjadi salah satu syarikat permainan terbesar dan paling berpengaruh di dunia! Ya….ladies and gentleman…inilah kisah sebenar Nintendo.

Dua Sisi Hanafuda

70 tahun berikutnya, syarikat Nintendo semakin mahir membuat kad yang dihiasi dengan pemandangan alam dan simbol.

Hanafuda membawa maksud “kad bunga”. Ia terbahagi kepada dua belas pakaian, satu untuk setiap bulan dalam setahun.

Ia juga turut dipengaruhi oleh permainan tradisional Jepun dan juga kad permainan 52-dek gaya Barat.

Bukan sahaja menggunakan nombor pada kad, mereka juga turut menggunakan gambar.

Kad Nintendo menjadi popular di seluruh Jepun dalam masa yang singkat. Namun akhirnya gambar-gambar berwarna terang yang terdapat pada kad-kad tersebut dikaitkan pulak dengan kad perjudian dan juga kumpulan samseng yang dikenali sebagai Yakuza.

Anggota Yakuza turut mengenakan tatu dipercayai mendapat ilham tatu tersebut daripada ilustrasi kad Nintendo.

Kebanyakan orang Jepun tidak lagi menggemari permainan hanafuda rentetan perkaitan antara sejarah mereka dengan jenayah Yakuza.

Nintendo tak give up sebaliknya terus menghasilkan hanafuda sampaikan mereka tak disukai oleh rakyat Jepun. Ia terjadi sekitar tahun 1960-an. Ketika itu syarikat Nintendo dipimpin oleh Hiroshi Yamauchi.

Daripada Kad Ke Catridge

Pada tahun 1950, cucu Fusajiro Yamauchi mengambil alih Nintendo. Ketika itu beliau baru sahaja berumur 22 tahun.

Dia ni terkenal sebab garang dan tegas tapi sangat ambitious dan innovative bak kata orang. Beliau eager nak buat pembaharuan terhadap company Nintendo. Tak terhad pada penghasilan kad permainan semata, maybe benda lain.

Ironinya, Hiroshi tak pernah gemar bermain permainan video. Dikhabarkan sekali seumur hidup je dia pernah main benda alah tu. Tapi yang tak boleh blah akhir tahun 1970 an Nintendo berubah kepada permainan video.

Time tu pulak syarikat seperti Atari, Mattel (pembuat patung Barbies) dan Taito dah pun mula berkembang. Mesti korang pernah dengar pasal Pong dan Space Invaders betul tak? Kedua-duanya merupakan permainan video yang dikeluarkan oleh Nintendo.

Pada tahun 1975, Nintendo memperkenalkan permainan videonya yang pertama. Menjelang tahun 1978, mereka hasilkan pula versi permainan komputer dari boardgame Othello. But this is just a beginning guys!

Legenda Jumpman

Pada tahun 1980, sebuah permainan inovatif diperkenalkan oleh artis Nintendo Shigeru Miyamoto. Ia dipanggil Donkey Kong.

Penjahat dalam game tu adalah gorila raksasa dengan bekalan tong yang tak habis-habisnya, sementara hero dia pulak adalah seorang lelaki dengan pakaian boiler merah dan bertopi merah.

Dia dikenali sebagai Jumpman, tapi kebanyakan orang lebih mengenali watak tersebut sebagai tukang paip Itali, Mario!

Donkey Kong menggegar dunia serta menjadi rebutan di arked.

Maka Jumpman segera dinamakan semula. Namanya diilhamkan oleh tuan tanah yang memiliki gudang tempat markas Amerika Nintendo, Mario Segale.

Nintendo mencipta permainan baru, termasuk Donkey Kong Jr (di mana anak lelaki Donkey Kong harus menyelamatkan ayahnya dari cengkaman Mario), The Legend of Zelda dan Super Mario Bros.

Super Mario Bros memang hitlah time tu sehingga dikenali di seluruh dunia. Dengan kejayaan permainan ini, Nintendo juga melancarkan konsol permainan rumah baru yang dikenali sebagai Nintendo Entertainment System atau NES secara ringkas.

Ia pertama kali dilancarkan di Jepun sebagai Famicom, tetapi melanda kedai AS dua tahun kemudian dan membantu menghidupkan kembali industri permainan.

Menjelang tahun 1989, Nintendo berkembang kepada teknologi konsol genggam pertama (first handheld console) Game Boy. Namun ia bukanlah yang pertama dibuat. Ada dah direka benda lain sebelum ni lebih kurang 10 tahun dulu. Cumanya Game Boy ni terkenal sebab reka bentuk dan daya tahan baterinya. Tu je.

Kenaikan Nintendo Yang Luar Jangkaan

Kejayaan Nintendo dilihat sebagai satu pencapaian luar biasa. Sejak 30 tahun yang lalu sampailah sekarang, Nintendo telah mencipta pelbagai watak serta permainan-permainan popular.

Konsol baru seperti Nintendo DS peranti dua skrin dengan keupayaan lebih dari satu pemain dan Nintendo Wii, dengan konsol sensitif gerakan, membolehkan syarikat Nintendo memperluaskan jangkauan dan pengaruhnya.

Malah, Nintendo turut memperoleh empat tempat di sepuluh konsol permainan terlaris dalam Guinness World of Records. Nintendo DS menjadi konsol paling popular sehingga kini terjual kira-kira 154.9 juta unit. Nintendo juga dianggap sebagai teras inovasi permainan moden.

Kisah Disebalik Pokemon

Bermula sebagai penulis dan artis sebuah majalah permainan di Jepun, pencipta Game Freak Satoshi Tajiri dan Ken Sugimori memutuskan untuk kembangkan permainan mereka sendiri setelah beberapa kali kecewa dengan tawaran pasaran.

Mereka bermula dengan siri permainan untuk Nintendo seperti Mendel Palace, Yoshi dan Mario & Wario. Pada tahun 1998, dua permainan baru memasuki pasaran Jepun dan menjadi popular diperingkat global.

Capsule Monsters dilancarkan beberapa kali oleh Nintendo namun kurang mendapat sambutan. Tapi tak lama kemudian ia dibangunkan semula menjadi Pocket Monsters!

Pemain dapat menangkap monster dalam bola kecil ketika mereka mengelilingi alam semesta fiksyen yang penuh dengan pelatih, pertempuran dan lencana.

Dengan memperkenalkan dua permainan untuk Game Boy which is Pokemon Red dan Pokemon Blue membawa maksud 151 monster berbeza harus dikumpulkan pemain. Namun ia hanya boleh dilakukan setelah membeli kedua-dua permainan atau dengan berkongsi Pokemon bersama rakan melalui Game Link Cable. Game link cable ini tadi akan menghubungkan dua Game Boys berbeza bersama.

Francais yang sangat gah dan besar dibina berikutan kejayaan luar biasa Pokemon. Mainan Pokemon, kad perdagangan, anime, manga dan filem semuanya menyumbang ke arah kejayaan berterusan Pokemon sampailah ke hari ini.

Maka sejak dari itu kerjasama antara pencipta Pokemon, Game Freak dan Nintendo diperkukuhkan.

Apa Seterusnya?

Bermula dengan hanya kad permainan berwarna-warni, Nintendo beralih kepada first handled console game, game boy dan sebagainya. Nintendo juga telah beralih ke satu tahap yang membanggakan. Kejayaan Nintendo memang tidak dapat disangkal, tetapi sekarang Nintendo perlu berhadapan dengan pesaing-pesaing baru yang penuh dengan kreativiti dan inovasi seperti PlayStation Sony, XBox Microsoft, permainan PC, permainan berbilang pemain dalam talian (mobile legend) dan permainan mudah alih.

Hal ini sekaligus memerlukan Nintendo berinovasi dengan cara baru yang lebih menarik dan mencabar. Persidangan E3 adalah bukti sejauh mana industri games telah maju sejak zaman Pong. Tetapi Nintendo telah memantapkan dirinya sebagai pemimpin industri dan pencipta pemikiran masa depan menerusi permainan-permainan yang diperkenalkannya. Sekarang ni yang kita nak tengok adalah sejauh mana syarikat kad permainan berwarna-warni ni boleh pergi.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang inspirasi.


Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Perkara Tentang MAE by Maybank2u Yang Anda Kena Tahu

Previous article

3 Aplikasi Robo Pelaburan Yang Mampu Beri Pulangan Menarik Kepada Anda

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *