Life

Siapa Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Yang Jadi Menteri Kewangan Ni?

0

Siapa yang nak kenal Zafrul, inilah orangnya. Zafrul dilahirkan pada 25 Jun 1973 dan merupakan anak sulung dari empat adik beradik. Ibunya ialah Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin, bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri Malaysia, dan bapanya, Tengku Abdul Aziz, adalah seorang ahli perniagaan.

Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Saya terharu diberi peluang menggalas tanggungjawab yang besar ini terutamanya ketika negara berdepan dengan cabaran ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Apa Education Background Zafrul Ni?

Zafrul ni bukan calang-calang education backgroundnya. Beliau merupakan lulusan luar negara dari University of Bristol, United Kingdom dalam bidang Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan serta memperoleh Master of Arts (MA) in Finance and Management dari University of Exeter, United Kingdom. Beliau juga memegang jawatan dalam Asian Institute of Chartered Bankers. Power tak powernya beliau ni kan.

Pengalaman Dunia Korporat

Siapa beliau? Eleh…setakat graduate luar negara aku pun graduate luar negara jugak. Kalau macam tu aku pun boleh jadi menteri. Layak ke beliau nak jaga kewangan negara kita? Nama pun tak pernah dengar. Sabar…ko ingat senang nak jadi menteri?? Stop being judgemental okay! Walaupun nampak muda tapi sebenarnya beliau dah ada lebih 23 tahun pengalaman dalam dunia korporat. Ko hado?? Oklah jom kita tengok pengalaman kerja beliau sebelum ini.

  • CIMB (CEO)
  • Maybank Investment Bank Berhad (CEO)
  • Maybank Kim Eng Holdings (CEO)
  • Citigroup Malaysia
  • Kenanga Holdings Berhad
  • Avenue Securities (kini ECM Libra)
  • Tune Money Sdn Bhd
  • Tenaga Nasional Bhd
  • Credit Agricole
  • AmInvestment Bank

Dunia ‘Selebriti Korporat’

Untuk Gen-X dan Gen-Y mungkin pernah tengok Zafrul dalam satu siri rancangan realiti TV iaitu The Firm. Beliau merupakan salah seorang daripada tiga hakim jutawan di The Firm dan dianggap sebagai selebriti korporat Malaysia. Malah, beliau juga pernah muncul dalam iklan Tune Money.

Saya berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada negara dan saya juga berharap untuk berkhidmat dengan semua pihak berkepentingan yang relevan demi memastikan kita tetap teguh dengan semangat yang inklusif, bekerjasama demi merealisasikan aspirasi kita

All The Best To Zafrul

Dengan situasi kewangan dunia yang kian mencabar seperti penyebaran virus Covid-19 yang semakin berleluasa sehingga penduduk dunia terpaksa menghadkan pergerakan mereka, juga situasi harga minyak mentah yang jatuh merundum ditambah pula dengan keadaan politik negara yang keruh, dijangka ekonomi negara pada masa akan datang menjadi lebih mencabar.

Justeru, semua rakyat Malaysia mengharapkan dengan kepakaran dan pengalaman yang ada pada Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau dapat membantu memulihkan keadaan serta memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Konspirasi Owner Restoran Zam Zam Upah ‘Hitman’ Jatuhkan Restoran Victory

Previous article

21 Perkara Yang Tak Dilindungi Medical Card

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Life