Life

Strategi Helicopter Money Dalam Dana PRIHATIN

0

Strategi yang digunakan dalam Dana Prihatin ini hampir sama dengan Strategi yang dipanggil sebagai Helicopter Money, ada juga yang memanggilnya ‘Helicopter Drop’ dan ada juga yang memanggilnya Bazooka Money. Teknik ini bukan baru, sebenarnya sudah lama dan pernah digunakan di beberapa negara termasuklah Jepun.

Apa Itu Strategi Helicopter Money?

Dalam bahasa layman nya helicopter money adalah fulus yang banyak-banyak kerajaan masukkan dalam poket kita yang tengah kering dengan harapan kita dapat berbelanja atau kembangkan fulus tersebut dan secara tak langsung ekonomi negara akan turut sama berkembang.

Tapi kalau betul ekonomi kita boleh berkembang dengan cara ni, kenapa tak dari dulu lagi kerajaan guna cara tersebut? Sebenarnya sedar atau tak BRIM atau BSH adalah salah satu bentuk Helicopter Cash tapi tak menyeluruh sebab ia stand alone dan sikit sangat. Tapi kali ni punya PRIHATIN barulah betul-betul helicopter money sebab bukan saja ada bantuan kewangan semata-mata tapi turut disertakan sekali moratorium, pengeluaran EPF dan sebagainya.

Strategi ini dilakukan bukan saja-saja, ini bermakna ekonomi sekarang dalam keadaan yang perlu berjaga-jaga. Dan tindakan ini boleh dikatakan antara strategi dalam kategori ‘radikal’. Jom kita flashback sejarah Helicopter Money ini.

Siapa Pengasas Helicopter Money?

Strategi Helicopter Money

Orang yang mula-mula mencadangkan helicopter money ini adalah Milton Friedman. Berasal dari New York dan lahir pada tahun 1912. Kemudiannya beliau meninggal dunia pada tahun 2006. Namun idea beliau masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Bukan setakat pandai cakap je tapi beliau memiliki PhD dalam bidang ekonomi dari Columbia University pada tahun 1946. Bagi TF beliau ni boleh dikatakan bapak segala kapitalis. TF tak minat sangat dengan teori-teori beliau cuma nak cakap helicopter cash ni memang power.

Pada tahun 1969 beliau pernah mencadangkan pada bank pusat untuk cetak Fulus banyak-banyak lepas tu campak dari helikopter bagi pada rakyat. Campak duit dari helikopter tu lebih kepada metafora je. Sebab zaman dulu mana ada online banking apatah lagi Apps macam Boost & Touch n Go eWallet. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan bawak fulus lepas tu campak je pada rakyat nak-nak lagi yang duduk di pedalaman. Tapi kerajaan tak buat pun apa seperti yang beliau cadangan.

Pada tahun 2002 barulah keluar balik idea ni, masa tu yang pegang Federal Reserve adalah Ben Bernake. Disebabkan Bernake keluarkan balik idea ni, orang gelarkan beliau sebagai ‘Helicopter Ben’.

Kelemahan Teknik Helicopter Money

1. Rakyat Tidak Berbelanja

Perkara paling penting dalam helicopter money ni rakyat mestilah berbelanja. Jika difikirkan secara logik apabila rakyat mendapat lebih banyak fulus maka rakyat akan berbelanja dengan lebih banyak. Tetapi sebaliknya berlaku di Amerika Syarikat ketika harga petrol jatuh pada paras $2 pada Disember 2015, rakyat Amerika tidak berbelanja lebih tetapi fulus yang lebih itu mereka jadikan sebagai simpanan. Oleh itu jika perkara ini terjadi tak semuanya berjalan seperti yang dirancang.

2. Merendahkan Nilai Matawang

Teknik asal dari Milton Friedman adalah dengan mencetak lebih banyak fulus. Bila fulus dicetak tanpa sandaran yang betul, ini boleh menyebabkan inflasi pada nilai matawang kita.

3. Tidak Semua Sektor Dapat Manfaat

Walaupun teknik ni bagus, tetapi perlu diingatkan bahawa tidak semua sektor mendapat manfaat dari teknik ini terutamanya sektor hartanah. Kerana fulus yang diberikan itu tidaklah banyak sehingga mampu beli sebuah rumah.

Namun begitu perancangan tambahan diperlukan untuk memacu sektor-sektor yang tidak mendapat manfaat daripada teknik helikopter wang ini.

4. Demand Melebihi Supply

Antara penyokong teknik ini adalah Adair Turner, seorang penulis buku ‘Between Debt & Devil’. Beliau percaya dengan memberikan fulus yang banyak kepada rakyat adalah benda yang sangat dialu-alukan. Pada pandangan Turner dan penyokongnya, ia bukan sahaja cara sebenar untuk meningkatkan permintaan tetapi ia juga lebih kepada merangsang fiskal negara.

Tetapi kaedah ini juga boleh menghasilkan demand yang terlebih. Satu badan yang boleh menjamin keberkesanan teknik ini adalah pembuat dasar iaitu kerajaan.

Negara Mana Pernah Guna Teknik Helicopter Money Ni?

sumber: Japantimes

Pada tahun 2016, Jepun mengalami pertumbuhan ekonomi yang tidak stabil sepanjang abad ke 21. Sekali lagi Bernake berada di barisan hadapan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan juga Gabenor Bank Jeun Haruhiko Kuroda. Ia bertujuan untuk membincangkan tentang langkah monetari iaitu mengeluarkan bon jangka panjang seterusnya secara tidak langsung menggunakan langkah Helicopter Money namun dalam langkah yang sedikit berbeza.

Pendekatan Shinzo Abe yang dinamakan langkah “Abenomics” untuk pemulihan ekonomi ini membuahkan hasil terutamanya dalam penghasilan tenaga kerja yang tertinggi sejak tahun 1991.

Adakah Helicopter Money Version Prihatin Akan Berjaya?

Apa yang dilakukan oleh kerajaan kita sekarang ini adalah sangat berani dan mengkagumkan. Kami melihat strategi yang digunakan oleh kerajaan pada hari ini tidaklah mengikut 100% teknik helicopter money versi Milton Friedman. Malah cara yang digunakan kali ini banyak ditambah nilai supaya kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam strategi helikopter wang ini tidak berlaku.

Kami di TF percaya dengan kebijaksanaan Tengku Zarul selaku Menteri Kewangan Malaysia mampu mencorak strategi yang menyeluruh dan berjaya memacu Malaysia menjadi hebat kembali.

Sumber: Investopedia

Kami pernah menulis tentang latar belakang Menteri Kewangan Malaysia

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Ini Sebab Orang Terengganu Tak Ke Pasar Masa RMO

Previous article

6 Aplikasi Alternatif kepada Zoom Meeting

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Life