fbpx
Jom Travel

Sungai Chomo Lokasi Rahsia di Tasik Kenyir Yang Ramai Orang Tak Tahu

0

SUNGAI CHOMO adalah sebuah tempat amazing yang rata -rata pemilik kelong di situ menjalankan aktiviti penternakan ikan air tawar. Tapi sebelum go further dengan sungai chomo rasanya korang perlu tahu pasal tasik kenyir serba sedikit sehingga terbentuknya sungai chomo ini. Jom flashback!Wujud sejak tahun 1986, Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia dengan keluasan 38,000 hektar. Ia terletak di daerah Hulu Terengganu.

Bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan. Waktu nak buat Empangan Jenagor dulu dorang tenggelamkan beberapa batang sungai yang sedia ada, bukit-bukit, kampung-kampung dan tanah tinggi. So kalau korang penyelam-penyelam profesional, try la menyelam hingga ke dasar tasik, confirm korang boleh jumpa kampung-kampung kat dasar tasik tu. Ohsem tak ohsem kan.

Bagi puncak-puncak gunung atau bukit yang melebihi 138 meter tingginya tu pulak, ia muncul menjadi pulau-pulau yang menghiasi perairan Tasik Kenyir selepas ditenggelami air. Maka dengan itu lahirlah 340 buah pulau-pulau kecil dan besar disekitar Tasik Kenyir. Enough flashback!

Dekat Kenyir ni banyak kawasan-kawasan air terjun dan sungai-sungai yang memang ohsem! Ohsem ‘means’ bila korang sampai sana je dari 2 hari nak stay jadi ke 2 minggu. Ada yang lagi parah sampai 2 bulan lepas tu terus tak nak balik dah. Salah satu tempat ohsem itu adalah SUNGAI CHOMO.

Macamana Nak Pergi Ke Sungai Chomo?

Perjalanan lebih kurang sejam dari bandar Kuala Terengganu menghala ke Kuala Berang. So korang kena waze siap-siap route dia. Take note! Once dah masuk simpang ke SUNGAI CHOMO ni mintak maaf lah ye line memang tak ada. So korang continue je dengan route yang korang dah waze siap-siap tadi. Sepanjang perjalanan tu nanti korang akan disaji dengan keindahan bukit bukau, pokok-pokok yang memang tak ada dekat KL.

Selain tu banyak jugak kampung – kampung orang asli bersepah tepi jalan. Ia dipercayai dihuni oleh kaum Senoi dari rumpun bangsa Senoq Beri. Tambah tolak lebih kurang 20 keluarga semuanya.

Ada Apa Dengan Sungai Chomo?

Masih ingat Perdana Menteri Malaysia ke-4? Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah. Waktu tu negara menghadapi kekurangan bekalan ikan air tawar. Oleh sebab itu, Pak Lah ‘teroka’ SUNGAI CHOMO untuk menjadi hub aquaculture bagi menampung permintaan bekalan ikan air tawar di Malaysia.

Untuk memudahkan pengusaha-pengusaha ulang alik so Pak Lah buat satu jalan khas ke SUNGAI CHOMO semata-mata untuk tujuan aquaculture ini. Kalau bukan untuk ke sini, tiada sebab untuk orang guna jalan yang disediakan oleh Pak Lah tu. Sebab tu ramai yang tak tahu pasal SUNGAI CHOMO. Teringat time singgah di salah sebuah kedai di Kuala Berang. Orang kedai tanya nak ke mana? Bila sebut je nak ke SUNGAI CHOMO, boleh pulak dia tanya kita balik kat mana tu? Nampak tak orang tempatan pun ada yang masih tak tahu kewujudan tempat ni.

Sejak akhir-akhir ni, beberapa pengusaha telah mula mengorak langkah kehadapan dengan meng’upgrade’ kelong aquaculture mereka menjadi chalet terapung! Salah seorangnya adalah En Adnan. Idea tidur atas kelong yang diketengahkan oleh beliau ini telah menarik perhatian kami untuk ke sana, untuk explore dan feel sendiri.

Tapi sebelum tu korang perlu ingat yang SUNGAI CHOMO ni tak boleh main terjah aje pergi. Hatta houseboat pun tak boleh lalu di perairan sungai ni beb! Sesampai aje dekat sini dapatkan dulu pelepasan daripada pengawal bertugas. So confirmkan awal-awal kelong mana korang menginap dan siapa ownernya.

Time ni kitorang menyewa dengan Encik Adnan. Lepas park kereta, kitorang tunggu bot datang ambil. Waktu ni phone memory da hampir penuh dengan gambar yang macam-macam aksi ada.

Apa Aktiviti Menarik Boleh Buat Dekat Sini?

Sampai di Kelong kami dijamu dengan masakan kampung seperti ikan baung masak tempoyak, ikan talapia goreng dan sebagainya. Yang bestnya ikan-ikan ni semua diambil fresh dari sangkar. Nyummmm!!! Sedap dan fresh dia tuh terasa sampai ke kerongkong paling dalam sekali wa cakap sama lu! Wife TF memang jenis tak makan ikan sungai. Tapi yang amazingnya tiba-tiba dia pulak yang beria makan. Boleh dikatakan ikan dekat situ memang sedap, manis, tak hanyir. Serius!

Lepas makan, kami pun ambil peluang mandi manda dalam sangkar yang dibuat khas untuk pengunjung mandi tanpa hanyut atau tenggelam di dasar tasik. Memang syok weyh! Dapat berenang dengan ikan-ikan kat situ. Kalau nak bagi ikan-ikan kat situ makan pun boleh, tak ada masalah. Dorang on je! Korang pun boleh tengok sendiri macam mana mereka buat penetasan ikan. Memang boleh buat trip berjalan sambil belajar lah orang kata!

Part paling best bila campak makanan ikan berebut-rebut makan. Silap-silap bini korang pun terjun sama dalam tasik tu berebut makan sekali dengan ikan-ikan dekat situ. Fewit!! Dekat sini bermacam spesis ikan ada. Baung, talapia, jelawat, kelah, toman, lampan dan macam-macam lagi lah! Tapi yang paling seronok anaklah…kalau tak sekat boleh habis seguni oii makanan ikan dicampaknya dalam tu! Sebut pasal anak, untuk yang datang berfamily, perlu diingatkan supaya pastikan anak-anak anda memakai jaket keselamatan sepanjang masa. Malang tak berbau okay! Buatnya jatuh dalam sungai tu tak ke naya. Luas tu. Mana nak cari??Prevention and safety come first!

Duduk dekat sini memang terasa sekejap je masa berlalu. Tetahu dah petang. Waktu petang tu kami diajak menaiki bot menelusuri keindahan SUNGAI CHOMO. Kalau korang nak acah-acah berani bawak bot sendiri pun boleh. Pelbagai spesis haiwan seperti enggang, kijang, monyet dan sebagainya menggamit kami seolah-seolah seronok menyambut kehadiran kami di situ. Dorang seronok kita lagilah berganda-ganda seronok. Hehe..Orang kata memang senyum sampai ke telinga lah. Anak pulak tak habis- habis teropong sana sini tengok monyet bergayut. Walaupun teropong beli dekat kedai eco rm2 je tapi bolehkan haritu pixel dia boleh tembus sampai ke organ-organ dalam haiwan tu. Jelas dan jitu!

Selain itu, pengusaha kelong ini iaitu En Adnan juga ada menyediakan bot besar yang boleh memuatkan 25 orang penumpang pada satu masa. So senang la lepas ni sesiapa yang datang ke sini pastu plan nak pergi Sanctuary Kelah ke Gua Bewah ke, Air Terjun Lasir ke atau mana-mana jelah yang best dekat sini. Oh tapi sebelum tu kalau sesiapa yang berhajat nak ke Sanctuary Kelah tu sila beritahu 1 bulan lebih awal ya. Sebab nak masuk ke kawasan tu perlu dapatkan pass terlebih dahulu. Kalau redah je alamatnya korang stay kat chalet jelah tak dapat lar nak tengok kelahnya yer.

Nampak air dia. Menangis oii tengok! Pada sebelah malam pulak tak banyak aktiviti boleh buat. Sebab memang keadaan disekeliling kelong menjadi sangat gelap. Tapi jangan risau. Korang boleh la berBBQ sambil berkaraoke ke kan. Memang ada disediakan ruang untuk pengunjung berBBQ. Nak berbuai atas hammock tengok langit sambil baca buku pun boleh jer. Tak de masalah.

Mahal Tak Bercuti Kat Sini?

Yang pasti balik je dari sana kami terus share gambar dengan family, saudara dan sahabat handai. Ramai jugak la yang tanya berapa ribu ko habis? Errrrr perlu ke bercuti habis beribu-ribu? Actually murah sangat-sangat! Dengan bajet tak sampai RM200 cukup untuk bagi 1 family bercuti dekat sini ( tapi tengok aktiviti jugak lah ). So tak semestinya kena mahal-mahal kalau nak bercuti ye tak. Bila tak mahal ko jangan expect tilam vono bantal Dasz Abdul pulak jadik korang punya tempat tidur baring semua tu ye. Pastu jangan expect ada aircond, coffee maker bla bla..Ada yang kena baling dengan peti ais nanti. Okay tapi kat sini peti ais ada, astro, toilet semua tu lengkap.

Last, sesiapa yang berminat nak bercuti kat sini boleh contact Encik Adnan @ Pok Ney di talian 013-552 6206. InsyaAllah. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Kenapa Jay-Z dan Serena Williams sanggup melabur dalam Kopi Kenangan ini?

Previous article

Dianggap Payah & Kolot, Ini Kehebatan Takaful Yang Anda Patut Tahu

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up