Medical Card

Suntikan Radiofrequency Ablation Mampu Hilangkan Sakit PID, Tapi?

0

Macam mana boleh kena PID ni eh? Meh nak explain. Kesakitan ini berpunca bila seseorang itu terjatuh dalam posisi terduduk, melakukan kerja-kerja yang berat, berada pada satu postur yang tak ergonomik terlalu lama dan sebagainya. Cewah! Pura-pura pandai.

Tak nak mengulas panjang rasanya korang boleh google sendiri sakit ni macam mana. Cumanya dalam entri kali ini TF nak share pengalaman tidur tak lena, mandi penipulah kalau tak basah tapi makan masih berselera bila isteri tersayang didiagnos menghidap Prolapsed Intervertebral Disc sejak tahun 2016. Dan semenjak kejadian almost every year kami akan check in hospital anak beranak untuk meneman wife jalani rawatan.

Jika sebelum ni, rawatan fisioterapi dan rehabilitasi akan diberikan disamping menelan ubat tahan sakit berpapan-papan. Namun tahun COVID ini sakit tersebut semakin power sehingga memaksa wife TF menerima suntikan RFA untuk hilangkan kesakitan yang dialami.

Hasil tinjauan TF untuk beberapa tahun ini, mereka yang menderita penyakit PID ini kebanyakannya baring sakit, duduk sakit, jalan sakit eh boleh kata semua benda sakitlah. Macam kes wife TF, sampaikan nak minum pun tak mampu nak pegang gelas.

Ianya berlaku pada syawal ke 10. Mungkin disebabkan keghairahan beliau memasak rendang, nasi hujan panas, ayam masak merah nak menyambut raya dan sebagainya menyebabkan beliau alpa untuk menitikberatkan soal kesihatan beliau. Berdiri terlalu lama pun turut jadi sebab sakitnya kembali.

Teringat detik pagi syawal ke 10 bila terdengar wife menjerit panggil dari dalam bilik. Memang cuak lah waktu tu. Pesal?? Ada lipas ke? Kalau ada lipas I cabut lari dulu. Tapi waktu masuk bilik tengok wife dah tersandar di almari, timbul pulak rasa simpati bila tengok tubuhnya menggigil tahan sakit sambil menangis. Tak boleh nak melangkah. Hampir jatuh sebab tak mampu nak berdiri dengan sendiri.

Waktu pimpin dia ke katil hanya kalimah Subhanallah Allahuakbar meniti dibibirnya sambil menitis-nitis air mata duk tahan sakit. Melihatkan keadaannya waktu tu, dalam kepala memang dah standby untuk check in hospital balik.

Unlike previous year, wife akan okay selepas menjalani beberapa sesi fisioterapi namun kali ni macam ada rasa something wrong somewhere. Sampai di Kuala Terengganu Specialist, TF terus bawa wife jumpa Pakar Ortopedics, Spine and Trauma. Mengarutlah kalau bawak pergi jumpa bomoh tulang pulak kan.

So, disebabkan memang dah pernah ada history sebelum ni, semasa konsultasi as usual doktor minta beliau baring untuk tekan bahagian tulang belakang yang sakit bagi kenalpasti tahap kesakitan yang dialami. Lepas dah tekan angkat pulak kaki. Tak sampai 40 darjah bergema satu bilik doktor dengan jeritan dan tangisan. Perghhh memang sakit wei. Syahdu tengok.

Macam tahun-tahun sebelum, datang untuk check saja tapi lepas tu memang akan dapat teruslah dengan pakej penginapan di hospital sekali. So terima jelah. Disebabkan last beliau buat MRI pada tahun 2016, so doktor suruh buat MRI sekali lagi. Dekat setengah jam jugak tunggu sampai setel semua. Malam tu doktor datang ke bilik beritahu result. Kalau sebelum ni PID di tulang L4&L5, tapi kali ni L3&L4 serta tulang L5&S1 turut alami masalah yang sama. Allahuakbar!

Malam tu bermulalah detik perpisahan tak diduga antara seorang ibu dan anak. Disebabkan PKP dan COVID so anak kami tak boleh ikut sama teman ibunya di hospital. Terpaksa tinggalkan dengan nenek akinya. Tak terburu-buru nak buat RFA terus, kami decide nak buat fisio je dulu. First day fisio macam biasa lah buat ultrasound, rangsangan elektrik pada urat saraf, terapi vacuum yang keluarkan udara sejuk. Sebabnya waktu tu pergerakan wife terhad so stretching semua tu tak buat lagi.

Dua kali berturut lakukan fisio tapi sakit still tak berkurang. Pukul 2 pagi wife kejut cakap sakit sangat. Sepanjang malam tu dia tak tidur rupanya duk tahan sakit. Panggil nurse. Nurse masuk suntik painkiller. Lepas tu dapat la lena sejam. Tak lama tu terjaga semula sebab sakit datang balik sampai lah ke subuh. After mandikan dia dan solat subuh sesama, tunggu doktor datang. Kali ni masih 50-50 lagi nak buat RFA ke tak. Macam biasalah bila nak buat sesuatu benda mesti google. Lepas tu terbaca pulak pengalaman orang yang pernah menerima suntikan ini lumpuh setelah doktor tersilap suntik lagilah seriau.

Doktor masuk nak tengok perkembangan. Okay time tu memang tak ada perkembangan. Waktu tu doktor dah suggest dah suruh buat RFA. Tapi liat lagi. Wife kata try fisio dululah. Lagi pun baru first day. So doktor pun kata okay. Masuk hari kedua fisio alhamdulillah dia boleh bangun dari kerusi roda sendiri. Bangga lah sekejap. Tapi tak lama pun. Menjelang petang sakit makin menjadi-jadi. Atas desakan family, dan fikirkan anak so kami decide nak buat terus RFA. Tolak tepi pasal komplikasi semua tu. Yang kami fikir masa tu agar semuanya pulih seperti sediakala dan yang penting boleh balik jumpa anak.

Suntikan Radiofrequency Ablation (RFA)

Radio frekuensi adalah most popular technique di luar negara termasuk Singapore untuk rawat sebarang kesakitan kronik. Keberkesanannya amat tinggi dan tanpa risiko, selain tempoh nak pulih pun cepat.

Prosedur ini disasarkan terus ke atas kawasan yang menyebabkan kesakitan seperti sakit sendi tanpa perlu jalani pembedahan yang meninggalkan komplikasi.

Suntikan tepat dijalankan di bawah panduan sinar X selama satu setengah jam di kawasan yang sakit untuk menghentikan kesakitan. Gelombang radio akan hasilkan arus elektrik dan memanaskan kawasan tisu saraf lalu menghentikan isyarat sakit dikawasan berkenaan.

Suntikan RFA ini sangat membantu tetapi untuk kes wife TF doktor beritahu ia boleh bertahan sehingga 6 hingga 12 bulan. Bergantung pada aktiviti dan penjagaan postur tubuh. Pantang terbesar angkat benda-benda berat. Nak angkat balak ke kereta ke memang tak boleh. Untuk sesetengah pesakit suntikan ini mampu bertahan sampai bertahun. Lebih kurang 70% pesakit rasa lega lepas terima suntikan RFA ini.

Debaran Sebelum Di Bawa Ke Dewan Bedah

Prosedur sebelum ke dewan bedah, beberapa form perlu diisi dan ditandatangani. So nurse pun tanya ada alergik pada ubat-ubatan tak? Yes. Wife memang ada alergik pada ubat-ubatan iaitu painkiller jenis non-steroidal anti inflammatory agent dan voltaren. Taraf-taraf muka berubah jadi opera cinalah kalau tertelan pil-pil tu.

Sebelum ke dewan bedah sempatlah wife jumpa anak sekejap dekat bawah. Yelah bak kata orang kasih ibu bawa ke syurga. Walaupun selalu gaduh tapi bila jauh rindu-rinduan. Sedih, risau pasal anak, tambah pulak dengan sakit lagi, bila nurse masuk nak check blood pressure bolehkan tinggi pulak. So nurse minta bertenang. Lebih kurang lepas zohor wife pun ditolak ke dewan bedah. Pung pang pung pang lebih kurang jam 5 petang dia dimasukkan semula ke wad dalam keadaan lemah, pening dan separa sedar.

Yang paling amazing lepas terima suntikan tersebut Alhamdulillah dengan izin Allah SWT terus boleh jalan macam biasa. Dah tak perlu bantuan untuk turun dari katil. Dah tak perlu gunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Dah tak perlukan suami lagi untuk buat itu ini. Yayyy!! Sebabkan prosedur tersebut dilakukan pada hari jumaat, so doktor datang melawat keesokannya tu.

Sewaktu lawatan doktor tanya wife. Tak sakit ke cucuk? Saya tengok awak relax je. Abang pembantu dewan bedah tu siap pejam mata waktu saya masukkan jarum kat tulang belakang awak. Dengan selamba wife jawab percayalah doktor sakit saya ni lagi sakit daripada kena cucuk. Kalau tahu tak sakit lama dah saya buat. Gelak doktor.

Ha dekat sini TF nak nasihatkan, pada yang alami masalah yang sama dengan wife TF silalah ketepikan soal takut dan fikir benda kelaut, percaya pada doktor anda serta bertawakkal sepenuhnya pada Allah SWT. Nak tanya pengalaman orang tu boleh, tapi situasi setiap benda tak pernah sama. Lagi satu kena berani. Kita tak tahu kalau tak cuba. Kahkahkah.

Berapa Kos Nak Buat Suntikan RFA?

Ada beberapa rakan bertanya mahal tak buat suntikan RFA ni? Prosedur menelan belanja dekat RM19K++ jugak. Tapi sebabkan wife ada medical card so daripada total tersebut hanya RM4 je yang tak di cover. Bayangkan kalau tak ada medical card time tu. Berpeluh gak nak membayar. So sesiapa yang masih belum ada medical card tu boleh standby satu untuk kes-kes kecemasan macam ni. Jangan bila dah cemas baru nak buat. Maksud TF bila dah berpenyakit.

Macam kes wife TF dia buat medical card sewaktu dia masih student. Memang lepas tu dekat 2 tahun gak tak pernah claim. Alih-alih sejak 2016 hingga sekarang memang almost every year dia akan claim dan claim dia tak pernah tak lulus. Alhamdulillah, lepas menjalani prosedur RFA, dengan izin Allah SWT wife terus dapat berjalan balik seperti sediakala, dan rasa kebas dikaki seperti dikhabarkan oleh doktor yang menjadi komplikasi selepas rawatan pula hanya bersifat sementara.

Wife disuruh rehat selama 2 minggu di rumah dan dinasihatkan tidak melakukan kerja-kerja berat yang boleh sebabkan sakit kembali. Boleh dikatakan lepas discaj wife nampak makin kurang ligat, sampaikan lipat kain pun sambil baring la. So harapnya lepas ni beliau terus istiqamah menjaga kesihatan dan TF juga turut istiqamah membantu dia setel anak dan rumah. Two is better than one. Let’s carry the burden together. Jyeah!!

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang medical card.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Ini Peluang Untuk Anda Jadi Pemilik Starbucks

Previous article

Malaysia Bakal Lancar Wayang Drive-In Pertama

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Medical Card