fbpx
Simpanan

Teknik Rahsia Menyimpan Duit Walaupun Gaji Ciput

0

Rasa macam senang tapi nak buat memang payah! Jangan kata yang orang yang bergaji ciput je, orang yang bergaji besar pun belum tentu lagi sempat nak menyimpan.

Sebanyak mana pun gaji kita ianya tak menentukan samada kita boleh buat simpanan ataupun tak. Tapi yang menentukankannya adalah disiplin diri.

Cara Pengurusan Kewangan Yang Bijak

Di atas merupakan piramid pengurusan kewangan yang dicipta oleh expert-expert yang dah pun mencapai tahap financial freedom. So apa yang kita perlu buat adalah follow jela seperti yang disuggest. Habis cerita. Kita mulakan dengan saving.

Saving bermaksud simpanan yang mana sumbernya adalah daripada duit gaji atau untung bisnes. So kita ambil sikit buat simpanan yang selebihnya kita belanjakan untuk benda-benda lain. Tapi natijahnya, ha ha…berapa ramai yang saving dalam akaun bank dia cecah berpuluh-puluh ribu? Okay, TF kecilkan skop la. Belas ribu? Tak ramaiiiii… sebab zaman sekarang ni duit keluar macam air. Tetahu wallet dah kempis dan datanglah seru Puasalah Kamu...

Berapa saving yang kita patut ada?

Bank Negara menyarakankan setiap orang ada simpanan yang bersamaan dengan nilai 6 bulan gaji kita. Kenapa 6 bulan? If anything happen, let say korang kena buang kerja ke, korang kena stroke tak boleh kerja ke, dengan duit saving 6 bulan gaji tu korang masih boleh continue hidup macam biasa lagi. Dan secara logiknya tempoh 6 bulan tu cukup untuk korang betulkan balik kehidupan samada cari kerja baru atau sebagainya.

Contoh:

Gaji Jemah RM3000, so RM3000 x (6 bulan gaji) = RM18,000 (ini saving yang Jemah kena ada)

Macamana nak menyimpan untuk cukupkan simpanan?

Berikut Merupakan Kaedah Simple Yang korang Kena Tahu Untuk Buat Saving:

RM1 sehari x 365 hari = RM365

1. Teknik Note Biru : Simpan setiap hari. RM 1/hari (tak kisahlah kutip duit-duit syiling yang lebih-lebih tu kan) 1 tahun ada 365 hari = so kalau korang menyimpan RM 1 sehari, untuk tempoh setahun korang dah ada RM 365. Kalau RM 1 sikit sangat , jadikanlah RM 2. So setahun dah ada RM 730 dalam simpanan. Atau pun nak lagi banyak saving, simpan RM 5 setiap hari (kaedah note hijau), dalam tempoh setahun dah ada RM 1725. Nampak mudah tapi payah. Tak ramai yang istiqamah bab-bab menyimpan ni. Tapi kalau tak mula dari sekarang bila lagi???

2. A: Teknik Note Merah (Simpan setiap minggu)

Setahun ada 52 minggu. Let say korang simpan RM10/minggu. So setahun dah ada RM 520. Kalau mampu nak menyimpan lebih lagi dipersilakan. Let say kita ambil contoh RM 20/minggu. So setahun korang dah boleh ada RM 1040 dalam simpanan. Memang susah nak apply kaedah ni. Nak lagi perbelanjaan makan seminggu je dah boleh cecah ratus. So why not korang skip makan dua hari. Atau bahasa islamiknya puasa. Puasa isnin khamis. Pahala dapat, penjimatan pun dapat. Tapi again I.S.T.I.Q.A.M.A.H. Apa yang perlu diingatkan kedua-dua kaedah ni menggunakan tabung. Beli la tabung yang murah-murah. Dekat kedai eco berlambak. Baru RM 2.10 je setabung.

B. Teknik 3: Teknik Gandaan Sempurna (Simpan setiap minggu)

Lagi satu adalah Teknik Gandaan Sempurna. Lebih kurang sama dengan Teknik Note Merah cumanya teknik gandaan ini kita mulakan dari RM1 dan berganda RM1 setiap minggu.

Teknik ini sesuai untuk mereka yang berkobar-kobar nak menyimpan tapi bajet pulak ciput. Pada minggu pertama hanya RM1 perlu disimpan, dan RM2 untuk minggu seterusnya hinggalah RM52 pada minggu terakhir.

Walapun nampak sikit tetapi teknik ini mampu menghasilkan simpanan RM1378 pada akhir tahun.

Kaedah 3 : Simpan 10% daripada gaji

Let say gaji korang RM2000. Kita ambil 10% every month. So jadi RM200.

RM200 x 12 bulan = RM2400

Kesimpulan

So kesimpulannya korang jangan mimpi nak buat investment kalau saving pun korang tak buat lagi. Sebabnya saving itu mengajar kita untuk menguruskan kewangan kita dengan bijak. Once korang dah ada saving barulah sesuai untuk korang mula dengan I.N.V.E.S.T.M.E.N.T.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Jangan Berangan nak Kaya Kalau Tak Baca 5 Buku Kewangan Ni

Previous article

Ini Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong Ke Kundasang, Sabah

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up