TheFulus merupakan sebuah media digital yang mengupas isu-isu berkaitan dengan perlindungan, pelaburan, kewangan, harta pusaka serta gaya hidup.

TheFulus dilancarkan secara rasminya pada 1 Januari 2020 selepas merungkai beberapa isu penting tentang kurangnya media digital tempatan yang memaparkan kepentingan perlindungan takaful, ilmu faraidh yang bersangkut paut dengan pembahagian harta pusaka serta hal-hal yang berkaitan dengan gaya hidup dan kewangan.

Sejak ditubuhkan, TheFulus telah menerima komen positif daripada golongan sasaran. Selain daripada muka hadapan yang memaparkan hal-hal berkaitan ilmu kewangan dan idea-idea bisnes ia dianggap dapat membantu memberi inspirasi serta input berguna khususnya untuk golongan yang kurang berkefahaman mengenai isu-isu berkenaan.

Bertujuan menarik minat pelbagai golongan pembaca di seluruh Malaysia, TheFulus mensasarkan 50,000 pengunjung di masa hadapan. Kami baru bermula. Kami tak besar tapi kami memiliki impian yang sangat besar!

Tak Taip Cerita Basi. Hanya Yang Bagi Inspirasi.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0