Terkini – Berita baik yang baru saja kami terima adalah perhimpunan Tabligh Dunia 2020 zon Asia yang secara spesifiknya berlangsung di Desa Nirannuang, Kecamatan Bontomarannu, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan pada 20-22 Mac 2020 akhirnya dibatalkan
Pembatalan tersebut diumumkan sendiri oleh Gabenor Sulawesi Selatan iaitu Gabenor Nurdin Abdullah.
Gabenor Nurdin Abdullah berkata pembatalan itu dilakukan selepas perbincangan dengan Ketua Polis Negara dan Penganjur
Alhamdulillah, akhirnya Ijtima bersetuju bahawa pelaksanaannya akan ditunda / dibatalkan. Kami terus berkomunikasi dan menyelaras dengan jawatankuasa penganjur
Bukan itu saja, berita baiknya kerajaan Indonesia juga akan mengkuarantinkan peserta sebelum menghantar mereka pulang ke negara masing-masing. Jadi ia adalah satu berita yang melegakan buat rakyat Malaysia kerana dilaporkan ada lebih kurang 80 peserta dari Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut.
Pihak berkuasa tempatan telah menghantar pasukan kesihatan pagi ini untuk memeriksa dan menyembur kuman. Insyaallah, kita teruskan esok. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Aamiin,

Iktibar dari kes Perhimpunan Tabligh Sri Petaling
Sebelum ini salah seorang pengajur yang bernama Mustari Bahranuddin berkata bahawa mereka tidak takut dengan Wabak COVID-19 dan hanya Allah sahaja yang patut kita takuti.
Kami lebih takutkan ALLAH. Naluri manusia lebih takutkan penyakit dan kematian
Kami di TF merasakan memang masuk air dia ni. Ambilah iktibar dengan penyebaran COVID-19 yang tidak terkawal di perhimpunan tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.
laporan dari Makassar Terkini
Comments