fbpx
Jom Travel

5 Tips Bercuti Di Pulau Perhentian Terengganu Dengan Kos Bajet

0

Kali ini TF akan share tips bercuti di Pulau Perhentian Dengan Kos Bajet. Siapa yang tak suka pergi pulau ye tak? Percaya tak percaya, TF membesar di Terengganu. Memang anak jati la kiranya. Tapi sebuah pulau pun TF tak pernah jejak. Setakat Pulau Warisan atau Pulau Kekabu tu tak payah cerita la. Dah banyak kali. Tapi tu bukan Pulau betul pun. Ni nak cerita pulau yang kat tengah-tengah laut tu.

So atas sindiran pedas wife TF yang memperkecilkan anak jati Terengganu yang tak pernah pergi pulau ni, dengan rasa tercabar TF pun keluarkanlah kalkulator. So start kira-kira bajet. Kang over bajet payah pulak. Kira-kira. So oklah. Kita pergi PULAU PERHENTIAN dulu. Pulau Redang lain tahun. So post kali ni TF nak share macam mana nak bercuti ke pulau tanpa ambil pakej dan bajet.

First, korang survey dulu harga-harga chalet yang affordable tapi lokasi ohsem. Ohsem means, korang keluar je pintu terus terjun dalam laut. Haaa gitu! TF bertolak dari Jeti Kuala Besut naik bot lebih kurang jam 10.30 pagi. Boat transfer pergi balik total RM175 untuk dua dewasa dan seorang kanak-kanak.

Di PERHENTIAN TF stay dekat THE REEF CHALET. Perjalanan menaiki bot ambil masa 45 minit ke sejam gitu lah untuk sampai ke destinasi. Kenapa pilih THE REEF CHALET ?? Senang cerita lokasi dia strategik. Dekat dengan semua tempat.

5 Tips Bercuti Di Pulau Perhentian5 Tips Bercuti Di Pulau Perhentian

REEF CHALET ni dia dekat dengan The Bharat Perhentian. Jeti turun sama je. And for sure terletak di Perhentian Besar. Haaa sebelum mengulas lanjut, yang special pasal Pulau Perhentian ni ialah ia terbahagi kepada dua, Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Untuk yang dah beranak pinak macam TF better korang stay dekat Perhentian Besar. Pepahamlah, dekat Perhentian Kecil ni ada satu tempat yang di panggil Long Beach, free show dia banyak sangat. Untuk yang lemah iman macam TF memang tak sesuai la duduk situ. Hahahaha..

So berbalik pada REEF CHALET. Kitorang stay situ 3 hari 2 malam. Kadar sewaan RM373.12 untuk 3 hari tu. Untuk yang gemar snorkeling, korang nak snorkeling depan chalet ni boleh, depan The Bharat boleh ataupun korang boleh jalan kaki sikit je dalam 10 minit gitu dari REEF CHALET pergi ke Perhentian Island Resort. Depan resort tu memang port pelancong untuk snorkeling dan mandi manda. Air dia…perghhhhh!!!! Crystal clear beb! Memang sesuai la untuk korang berpiknik snorkeling semua tu. Silap-silap ikan Baraccuda pun korang boleh jumpa dekat situ.

5 Tips Bercuti Di Pulau Perhentian5 Tips Bercuti Di Pulau Perhentian

Memang garing la kulit gara-gara melayan si kecik. Korang bayanglah kitorang bantai berendam dari pukul 1.30 sampai 5 petang. Memang all out la orang kata. Hahaha… Lepas tu bukan setakat kulit garing, tu kecut ni kecut…boleh kata semua kecutlah! Lewat petang sikit kitorang pun balik ke Chalet, bersihkan diri dan solat. Dinner malam tu kitorang panaskan makanan yang wife masak sesiap sebelum gerak dari rumah.

Antara lauk yang tahan lama macam sambal sardin, ayam masak merah tu semua. Beras pun memang kitorang standby bawak. Sebab dekat REEF CHALET ni dia ada kitchen untuk masak . Peti sejuk pun ada. So bolehlah tumpang masak ke tumpang simpan makanan ke. So dekat situ da jimat. Tak payah pening-pening pikir pasal makanan. Sebab korang kena ingat harga makanan dekat pulau mahal okay! Air mineral boleh jadi RM4 sebotol. Maigod! Malam tu pulak memang kitorang terbungkang awal la. Letih yakmat!

Hari kedua dekat sana, kitorang decide nak ke Perhentian Kecil. So TF pun tanya dekat adik receptionist REEF CHALET tu. Dia tolong contact sorang tukang bawak bot ni. Dalam 10 minit tunggu orang tu pun sampai. Warga Bangladesh. Dah menetap di Pulau Perhentian 10 tahun. Waktu dia tengok anak TF Aisyah, dia teringat pada cucu dia. So senang lah kitorang. Owww! Tapi jangan salah sangka pulak. Kitorang bukan keturunan Bangladesh. Amboihhh…

Time snorkeling dekat Turtle Point dia tolong jaga Aisyah dalam bot. Siap layan bawak pusing-pusing naik bot tengok penyu lagi. Sebab time ni papa dengan ibunya sibuk mengelupur dalam air. Wakaka… Waktu ni kitorang bayar dia RM100 untuk bawak kitorang pergi Perhentian Kecil, snorkeling dekat Teluk Keke , ronda-ronda pulau sikit dan ke Turtle Point. Dalam tengah hari balik bilik solat, rehat, tidur. Petang tu sambung snorkeling dekat depan Perhentian Island Resort lagi. Pada sebelah malam pulak bawak family dinner dekat The Bharat sambil jalan-jalan tepi laut ambil angin malam.

Tips Bercuti di Pulau Perhentian
Tips bercuti di pulau perhentian bajet

Hari ketiga siap-siap untuk gerak balik. Enjoy while it last orang kata, sempat la TF bawak anak mandi-mandi depan chalet, bagi ikan makan dekat jeti bla bla..sebelum transfer boat datang ambil pukul 12. So overall memang kitorang puas hati la dapat bercuti ke sana. Yang bestnya takdelah kena sindir lagi lepas ni. Hahaha..Lepas tu dengan bajet yang lebih kurang RM650 kami dah boleh dapatkan sebuah percutian mewah 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian.

# Tips Bercuti di Pulau Perhentian

  1. Make sure korang beli siap-siap stok makanan dan minuman ketika di tanah besar. Macam roti-roti, maggi, beras, semua tu lah.
  2. Survey chalet yang lokasinya strategik. Which is dekat dengan semua port-port snorkeling yang best. So korang tak perlu sewa bot mahal-mahal setiap kali nak pergi snorkeling. Korang jalan kaki je. Ha..yang ni namanya tips kurus tanpa modal.
  3. Untuk yang dah berkeluarga, pastikan korang ada jawapan yang reasonable untuk setiap pertanyaan anak korang. Biasalah bila berjalan dengan budak kecil. Full of curiousity. Nak-nak lagi bila pertanyaan berkisar tentang ‘free show-free show‘ dekat sana.
  4. Pastikan korang alert jadual transfer boat korang. Terlepas bot, sesia. Dah lama pulak nak kena tunggu boat lain.
  5. Jangan lupa bawak sunblock. Kalau boleh beli yang SPF 120++ tu. Sebab panas dia lain macam sikit. Lumur la kat memana tempat yang korang rasa tak nak hitam.

Akhir Kata

Sebenarnya banyak lagi cara untuk jimatkan kos di Pulau Perhentian ni antaranya korang boleh berkhemah atau pilih chalet yang lebih murah. Memang banyak je lagi chalet-chalet yang lebih murah. Kena pandai survey. Tapi bagi kitorang REEF CHALET tu dah okay sangat dah. Lepas tu pulak apalah sangat dengan RM650 jika nak dibandingkan dengan view taraf-taraf 5 star yang korang boleh dapat! Dah tak payah tunggu lagi. Jom start rancang percutian korang ke pulau sekarang!

Cuba tengok senarai chalet-chalet lain yang menarik di Pulau Perhentian di Agoda.

Boleh klik pautan ini untuk bercuti ke tempat rare di Sungai Chomo, Tasik Kenyir,Terengganu

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Ini Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong Ke Kundasang, Sabah

Previous article

Peluang Untuk Anda Jadi ‘BOS’ Mr DIY

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up