Startup

Zoom 5.0 Kemaskini Sistem Keselamatan Lebih Selamat

0

Menyedari tentang masalah ini Zoom 5.0 dilancarkan dengan mengemaskini sistem keselamatan mereka agar lebih selamat. CEO Zoom Eric Yuan berkata mereka akan menyelesaikan masalah sistem keselamatan mereka dalam tempoh 90 hari secara berperingkat dan Zoom 5.0 ini adalah salah satu milestone 90 hari ini dengan meningkatkan keupayaan keselamatan dan privasi platform Zoom secara proaktif.

Masalah Zoom Meeting sebelum ini adalah Zoombombing iaitu keadaan dimana mereka yang tidak dikenali masuk kedalam ruang mesyuarat yang diadakan dan mencuri data daripada mereka semua.

Dengan Zoom 5.0 masalah ini sudah diselesaikan dimana kata Zoom memperkenalkan kata laluan sebelum menyertai mesyuarat dan ini dapat menghalang mereka yang tidak dikenali menyertai mesyuarat sesuka hati.

Bukan itu saja Zoom juga memperkenalkan beberapa fungsi keselamatan tambahan untuk memperketatkan lagi fungsi keselamatan dan patut menggunakan fungsi keselatan baru ini untuk keselamtan ruang mesyuarat Zoom anda.

Setting Sistem Keselamatan Zoom 5.0 Yang Anda Patut Tukar

sumber: Zoom.us

1- 1 Mesyuarat 1 ID

Jangan gunakan ID mesyuarat peribadi untuk mesyuarat umum. Sebaiknya hanya gunakan satu ID untuk setiap satu mesyuarat. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan ID yang berbeza untuk setiap satu mesyauarat, ruangan sokongan Zoom ada menyediakn bantuan berebentuk video bagaimana untuk menghasilkan ID yang pelbagai untuk mesyuarat secara umum sebagai keselamatan tambahan

2- Ruang Menunggu Sebelum Menyertai Mesyuarat

Aktifkan “Ruang Menunggu” supaya anda dapat menapis siapa yang akan masuk ke dalam ruang mesyuarat Zoom anda. Jadi dengan mengaktifkan fungsi ini, anda akan dapat melihat siapa yang akan masuk terlebih dahulu dan ianya lebih selamat. Penggodam yang mahir mungkin dapat melepasi sistem keselamatan ini tetapi setidak-tidaknya ia mampu ‘menyusahkan’ dan ‘melambatkan’ mereka dari melakukan kerja penggodaman.

3. Tutup beberapa fungsi lain

Tutup pilihan-pilihan lain termasuk memberi kebenaran kepada orang lain untuk masuk ke dalam ruang meeting zoom sebelum tuan pengelola mesyuarat masuk. Sepatutnya pilihan ini telah diaktifkan secara automatik tetapi periksalah kali kedua kerana ada kes dimana ia tidak diaktifkan secara auto. Kemudian batalkan juga perkongsian skrin bersama bukan pengelola mesyuarat serta fungsi alat kawalan jauh. Akhir sekali batalkan juga pemindahan file, anotasi serta rakamanan perbualan automatik.

4. Lantik 2 co-Host

Setelah mesyuarat Zoom dimulakan dan semua orang telah pun masuk, kunci mesyuarat itu kepada orang luar dan lantik 2 orang pengelola mesyuarat bersama (co-host). Cara ini dapat membantu mengawal keadaan sekiranya ada yang cuba menceroboh mesyuarat anda dan masuk kedalamnya.

6 Aplikasi Alternatif kepada Zoom Meeting
sumber: zoom.us

Akhir kata

Aplikasi Zoom sudah boleh dikatakan selamat, namun begitu langkah-langkah keselamatan seperti diatas perlu diambil bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi. Penggodam sentiasa ada diamana-mana dan mereka sentiasa dibekalkan dengan ilmu baru ke jalan yang salah.

Sebagai alternatif anda boleh lihat artikel kami sebelum ini yang menyenaraikan aplikasi alternatif kepada zoom. lihat sini.

sumber: CNET

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Bagaimana Cara Bayar Zakat Dengan e Wallet

Previous article

Hari Buruh 1 Mei Bukan Tanda Penghargaan Daripada Majikan

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Startup